Harian Metro

CARA MUDAH JAGA MATA

Tak perlu berbelanja besar untuk miliki kelopak mata sihat, bersih

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

Dalam kita sibuk menjaga kecantikan wajah, mata juga seharusnya diberikan penjagaan sempurna. Ia adalah pancainder­a penting dan anugerah yang sangat berharga.

Untuk kecantikan­nya, anda tidak perlu bazirkan banyak duit untuk mendapatka­n mata yang segar.

Apa yang perlu hanyalah beberapa keping hirisan timun dan diletak pada kelopak mata seketika bagi mengembali­kan kesegaran mata .

Selain itu, uncang teh (yang sudah digunakan) juga boleh diletakkan pada mata selama 10 hingga 15 minit bagi mengembali­kan kesegaran selepas seharian bekerja.

Bagi yang gemar bersolek, pastikan solekan pada mata dicuci dengan bersih sebelum tidur. Gunakan kapas atau tisu lembut dengan penanggal mekap yang sesuai dan selamat untuk menanggalk­an solekan di sekeliling mata.

Elakkan menggosok dengan kuat kerana dikhuatiri dapat mencederak­an mata atau mekap memasuki mata.

Untuk menjaga kesihatan mata pula, berikut beberapa langkah yang boleh digunakan dan ia juga mudah untuk dipraktikk­an:

1) SAYUR-SAYURAN HIJAU

Umum mengetahui bahawa sayuran hijau sememangny­a kaya dengan vitamin dan nutrisi yang baik untuk kesihatan.

Ia juga mengandung­i antioksida­n yang tinggi terutamany­a sayursayur­an hijau.

Antioksida­n yang terdapat di dalam sayursayur­an mampu membekal nutrisi ke seluruh badan dan juga mata.

2) PEMAKANAN YANG BETUL

Pemakanan yang betul memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan dan dapat mencegah daripada penyakit mata.

Pastikan makanan seharian yang anda ambil sedikit sebanyak dapat memberi nutrisi penting bagi mengekalka­n kesihatan mata.

Amalan pengambila­n makanan yang kaya dengan vitamin A dan C seperti susu, sayur (terutama lobak dan brokoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya.

3) TIDUR YANG MENCUKUPI

Sudah pastinya tidur yang mencukupi menjadi salah satu cara untuk menyegarka­n mata.

Ini kerana apabila kita mendapat tidur yang cukup, badan akan mengembali­kan semula tenaga digunakan seharian untuk bekerja.

Selain itu, mata juga dapat berehat dan mengelakka­n kelesuan.

4) JARAK KETIKA MEMBACA

Ketika membaca, pastikan membaca pada jarak antara 30 hingga 40 sentimeter dari buku ke mata.

Jarak yang terlalu dekat akan menyebabka­n otototot mata menegang untuk memfokus sekali gus boleh mengakibat­kan sakit kepala.

5) ELAKKAN MEMBACA KETIKA DALAM KENDERAAN BERGERAK

Membaca ketika berada di dalam kenderaan bergerak dan keadaan jalan yang bengkang-bengkok serta berbonggol boleh menyebabka­n sakit kepala selain mabuk.

Ia kerana keupayaan mata untuk memfokus menjadi tidak stabil ketika membaca.

6) PENCAHAYAA­N

Pastikan pencahayaa­n yang digunakan tidak terlalu malap atau terlalu terang ketika membaca kerana akan mengganggu keselesaan dan kesihatan mata.

7) SENAMAN UNTUK MATA

Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda kemudian beransuran­sur melihat pula objek yang lebih jauh, sejauh yang mungkin.

Selepas itu lihat semula objek yang berdekatan anda. Ulangi proses ini beberapa kali.

Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah. Ulangi proses ini beberapa kali.

Selepas satu hingga dua jam berada di hadapan komputer, berhenti sekejap dan lihat objek berwarna hijau di luar rumah atau pejabat anda, seperti pokok dan sebagainya.

Warna hijau akan dapat menenangka­n dan merehatkan mata anda.

8) GUNAKAN CERMIN MATA KESELAMATA­N

Sekiranya pekerjaan anda terdedah kepada bahaya dan kecederaan pada mata seperti menggerudi, memesin rumput dan sebagainya, pastikan memakai cermin mata keselamata­n (safety glasses atau protective goggles).

Ia bagi melindungi mata daripada bahaya dan kecederaan.

9) PEMERIKSAA­N MATA BERKALA

Lakukan pemeriksaa­n mata sekurangku­rangnyaset­ahun sekali bagi memastikan tahap penglihata­n dan kesihatan mata asentiasa berada dalam keadaan baik.

Dapatkan nasihat doktor dengan segera jika anda mempunyai masalah seperti mata merah, kesakitan teruk pada mata, penglihata­n kabur, terdapat benda asing di dalam mata dan mengalami kecederaan pada mata.

 ??  ?? LAKUKAN pemeriksaa­n mata sekurang-kurangnya setahun sekali.
LAKUKAN pemeriksaa­n mata sekurang-kurangnya setahun sekali.
 ??  ?? TIDUR yang mencukupi menjadi salah satu cara untuk menyegarka­n mata.
TIDUR yang mencukupi menjadi salah satu cara untuk menyegarka­n mata.
 ??  ?? PASTIKAN pencahayaa­n tidak terlalu malap atau terlalu terang ketika membaca kerana akan mengganggu keselesaan dan kesihatan mata.
LOBAK dan brokoli baik untuk penjagaan mata.
PASTIKAN pencahayaa­n tidak terlalu malap atau terlalu terang ketika membaca kerana akan mengganggu keselesaan dan kesihatan mata. LOBAK dan brokoli baik untuk penjagaan mata.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia