Harian Metro

PINDAH HOSPITAL

Woods diberi rawatan lanjut untuk proses pemulihan ortopedik

- AFP

Bintang golf, Tiger Woods dipindahka­n ke sebuah hospital di Los Angeles untuk rawatan lanjut. Demikian kenyataan dari hospital yang menyaksika­nnya menjalani pembedahan kecederaan serius di kaki selepas terbabit dengan insiden kemalangan kereta. “Tigers Woods dipindahka­n ke Pusat

Perubatan Cedars-Sinai untuk meneruskan proses pemulihan ortopedik,” kata Anish Mahajan, Ketua Pegawai Eksekutif hospital yang kali pertama Woods menerima rawatan.

“Mewakili semua kakitangan kami, satu penghormat­an dapat memberikan penjagaan dan rawatan kepada seorang atlet hebat.”

Woods memandu berseorang­an pada awal pagi Selasa lalu di laluan yang sering berlaku kemalangan di Los Angeles.

Dia hilang kawalan dan keretanya terbalik beberapa kali.

Pemenang 15 kejuaraan utama itu selamat menjalani pembedahan yang berkaitan kecederaan ortopedik di kaki kanan serta pergelanga­n kaki.

Ia termasuk dipakaikan alat sokongan seperti skru dan pin untuk menstabilk­an bahagian kaki dan pergelanga­n kakinya.

“Untuk menghormat­i pesakit, Pusat Perubatan Harbor-UCLA tidak akan memberikan maklumat lebih lanjut,” tambah Mahajan.

 ??  ?? WOODS (gambar kecil) dipindahka­n ke Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles.
WOODS (gambar kecil) dipindahka­n ke Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia