Harian Metro

Geddert mati misteri

-

Los Angeles: Bekas jurulatih gimnastik skuad Olimpik wanita Amerika Syarikat (AS) John Geddert (gambar) meninggal dunia selepas didapati membunuh diri.

Mayatnya ditemui beberapa jam selepas beliau didakwa melakukan aktiviti pemerdagan­gan manusia dan penganiaya­an terhadap atlet dalam jagaannya.

“Pejabat saya dimaklumka­n mayat John Geddert ditemui lewat petang ini selepas membunuh diri,” kata Peguam Negara Michigan, Dana Nessel dalam satu kenyataan.

“Ia pengakhira­n yang tragis untuk sebuah kisah tragis bagi mereka yang terbabit.” Beberapa jam sebelum kematianny­a, Nessel mengumumka­n 24 laporan kesalahan jenayah membabitka­n Geddert yang memiliki fasiliti latihan berhampira­n Lansing, Michigan.

Antara pertuduhan dikenakan terhadap Geddert ialah dua kes serangan seksual membabitka­n atlet yang tidak didedahkan namanya berusia antara 13 dan 16 tahun.

Geddert juga berdepan 20 kes pertuduhan pemerdagan­gan manusia dan memaksa mangsa yang juga atlet melakukan kerja sehingga sebabkan mereka cedera.

Polis Michigan State berkata, mayat Geddert ditemui di kawasan rehat di lebuh raya di luar Lansing.

“Siasatan masih diteruskan, tiada maklumat lanjut dikeluarka­n,” katanya. -AFP

“Pengakhira­n tragis dalam kisah tragis bagi mereka yang terbabit

Dana Nessel

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia