Harian Metro

City intai peluang rebut empat trofi utama

-

London: Manchester City sedang mengintai peluang untuk memenangi empat trofi utama ketika pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sedia menanti kunjungan West Ham hari ini.

Untuk terus memberi tekanan kepada City, Manchester United yang menduduki tempat kedua pula perlu menamatkan rekod tanpa kalah Chelsea sepanjang di bawah bimbingan pengurus baharu, Thomas Tuchel.

City melakar kemenangan ke-19 berturut-turut di semua pertanding­an selepas menewaskan Borussia Monchengla­dbach 2-0 pada aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, Rabu lalu.

Skuad bimbingan Pep Guardiola yang kini mendahului 10 mata di tangga teratas EPL akan bertemu Tottenham pada aksi final Piala Liga dan sudah melangkah ke suku akhir Piala FA.

Bernardo Silva yang menjaringk­an gol ketika bertemu Borussia yakin City mampu melakar sejarah seperti ketika meraih kejuaraan treble dua tahun lalu.

“Kami mempunyai momentum yang bagus, tetapi ia baru pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara. Kami mempunyai tugas di EPL, Piala FA dan Piala Liga. Ia pasti musim yang sukar tetapi kami akan cuba memenangi kesemuanya,” katanya.

Manchester United adalah pencabar terdekat Manchester City, tetapi skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer perlu mengharapk­an prestasi merudum seteru utama mereka itu jika mahu memenangi kejuaraan liga buat kali pertama sejak 2013.

Kemenangan ke atas Chelsea pada awal pagi Isnin cukup penting bagi meneruskan harapan United.

- AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia