Harian Metro

Bapa Alisson lemas

-

London: Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool bersedih dengan kematian bapa penjaga gol, Alisson Becker di Brazil.

Difahamkan Jose Agostinho Becker yang berusia 57 tahun lemas ketika berenang di kawasan kediamanny­a di Lavras do Sul.

Liverpool menerusi akaun Twitter milik mereka memuat naik gambar Alisson bersama-sama kapsyen ‘You’ll Never Walk Alone.’

“Liverpool FC bersedih di atas kematian bapa Alisson Becker, Jose, di Brazil pada Rabu.

“Ingatan kami semua di kelab bersama Alisson dan keluarga Becker pada saat sedih dan sukar ini,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Rakan sepasukan Alisson, Adrian dan Virgil van Dijk kedua-duanya memuat naik status di Instagram untuk memberikan sokongan kepada penjaga gol itu.

Jose Becker dikatakan berenang di empangan ketika kemalangan itu berlaku dan disyaki tiada sebarang unsur jenayah. Mayat ejen hartanah itu ditemui pada tengah malam oleh rakan dan pekerjanya di kota Bage di mana Jose tinggal bersama isterinya, Magali. - AFP

 ??  ?? ALISSON (tengah) bersama bapanya, Jose.
ALISSON (tengah) bersama bapanya, Jose.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia