Harian Metro

Ramuan mantap skuad Tambadau

-

Kuala Lumpur: Memasuki musim kedua beraksi di pentas Liga Super, Sabah FC terus memperkuat­kan skuad mereka untuk memperbaik­i kedudukan dengan lebih cemerlang pada musim ini selepas menamatkan saingan Liga Super musim lalu di tangga ke-10.

Ia bermula dengan perubahan ketua jurulatih apabila Lucas Kalang Laeng dilantik untuk membimbing skuad Tambadau musim ini menggantik­an Kurniawan Dwi Yulianto sebelum berlakunya perubahan pengurusan dan seterusnya melantik kembali Kurniawan sebagai pengendali Sabah FC.

Dilabel sebagai jurulatih berkualiti dan berjaya untuk memastikan pasukan terus kekal dalam saingan Liga Super musim ini, Kurniawan semestinya ingin terus membawa skuad ini ke tahap terbaik selepas mengakui berdepan pelbagai cabaran musim lalu termasukla­h terpaksa menarik diri daripada Piala Malaysia sebelum saingan itu dibatalkan susulan pandemik Covid-19.

Apa yang pasti, pasukan ini tidak kurang hebatnya mengikat pemain-pemain berpengala­man dan berpotensi besar seperti kemasukan bekas penyerang pasukan Sarawak dan Pulau Pinang, Bobby Gonzales yang kembali menyarung jersi Sabah serta bekas pemain skuad Bawah-23 Tahun negara, N Thanabalan.

Terbaharu, yang turut menjadi perhatian apabila juara Liga Perdana musim 2019 ini mengikat bekas pemain kebangsaan yang berpengala­man, Amri Yahyah untuk memperkuat­kan lagi bahagian serangan musim ini.

Kelibat Amri tidak asing lagi dalam arena bola sepak selepas mencipta nama selama 12 tahun bersama Selangor bermula 2001 sehingga 2013 sebelum terus melebarkan sayap ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Melaka dan musim lalu bersama Sarawak United FC.

Menurut Kurniawan, kehadiran Amri sememangny­a dijangka akan menarik perhatian dan mengharapk­an

pemain berusia 40 tahun ini dapat membuktika­n dirinya masih mempunyai aura untuk menghasilk­an serangan berbisa meskipun hadir sebagai pemain paling veteran dalam pasukan.

“Jujur, ramai yang mengatakan kenapa saya memilih pemain lebih veteran seperti Amri dalam pasukan dan untuk saya, apa yang penting bukan usia, tetapi kemampuan dia di atas padang selaku pemain berpengala­man.

“Dia juga pemain yang boleh melakukan kawalan baik di bahagian tengah juga dan bagaimana dia memperliha­tkan tahap keyakinan dirinya selaku pemain kepada pemain-pemain tempatan lain yang lebih muda darinya,” jelasnya.

Bagi skuad import pula, hanya seorang dikekalkan iaitu pertahanan dari Korea Selatan, Park Tae-su dan empat kuota diisi oleh Levy Madinda (Giresunspo­r, Turki), Sam Johnson (Real Salt Lake, Amerika Syarikat), Saddil Ramdani (Bhayangkar­a FC, Indonesia) dan Risto Mitrevski (Alashkert FC, Armenia).

 ??  ?? AMRI (kiri) dan Bobby (kanan) sandaran Sabah musim ini.
AMRI (kiri) dan Bobby (kanan) sandaran Sabah musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia