Harian Metro

UiTM idam jadi hab utama sains sukan

-

Kuala Lumpur: Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia untuk menyahut cabaran lebih besar apabila bersedia untuk menjadi hab utama dalam kecemerlan­gan sains sukan di rantau Asia Tenggara.

Harapan besar itu dizahirkan oleh Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Prof Madya Dr Mohad Anizu Mohd Nor apabila mengakui perancanga­n itu mampu dicapai hasil perancanga­n rapi sejak tahun lalu.

Antara inisiatif sedang diambil dengan menjalinka­n kerjasama pintar termasuk menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) serta memorandum perjanjian (MoA) dalam dua bidang iaitu akademik dan industri.

Katanya, menerusi bidang akademik, seramai 25 pelajar terbaik akan dihantar menyambung pengajian di 20 universiti terkemuka dunia dengan penekanan dalam pengkhusus­an sains sukan dan perniagaan sukan.

Malah, kolaborasi erat dengan beberapa pemain industri dari Eropah dan Amerika Syarikat juga adalah elemen terpenting buat memastikan kepakaran luar dapat dibawa sekaligus digunakan untuk kemajuan arena sukan bukan saja di Malaysia tetapi juga rantau ini.

 ??  ?? DR Mohad Anizu (kiri) bersama sebahagian pelajar yang terpilih melanjutka­n pengajian di peringkat tertinggi di luar negara.
DR Mohad Anizu (kiri) bersama sebahagian pelajar yang terpilih melanjutka­n pengajian di peringkat tertinggi di luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia