Harian Metro

264 atlet dijangka terima vaksin

-

Kami mengharapk­an sekurang-kurangnya pada Mei ini, 264 akan berjaya divaksin, maknanya mereka sudah disuntik dua dos vaksin supaya setibanya Julai, mereka berada dalam keadaan yang boleh menyertai (kejohanan)”

Reezal

Putrajaya:

Seramai 264 atlet dan pegawai yang akan mewakili negara ke kejohanan antarabang­sa dalam misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Tokyo dijangka menerima suntikan vaksin Covid-19 bermula April depan.

Ia merupakan kumpulan pertama daripada keseluruha­n 4,000 atlet dan pegawai dalam senarai Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) untuk diberikan keutamaan sebagai penerima vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa pertama.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menjangkak­an pada Mei ini, kesemua 264 individu itu akan mendapatka­n suntikan dos kedua sekali gus memberi keyakinan kepada mereka untuk kembali bertanding di peringkat antarabang­sa.

“Kami mengharapk­an sekurang-kurangnya pada Mei ini, 264 akan berjaya divaksin, maknanya mereka sudah disuntik dua dos vaksin supaya setibanya Julai, mereka berada dalam keadaan yang boleh menyertai (kejohanan) dan bebas Covid-19,” katanya.

Reezal Merican berkata meskipun Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) tidak mewajibkan suntikan vaksin Covid-19 untuk Sukan Olimpik Tokyo,

pengambila­nnya dilihat mampu menjamin keselamata­n serta tahap kesihatan atlet.

Bagaimanap­un, beliau berkata keputusan untuk menerima suntikan vaksin tersebut bersifat sukarela.

“Pengambila­n vaksin adalah secara sukarela, kami sediakan jika mereka (atlet) ingin divaksin dan terdapat beberapa prosedur serta borang perlu diisi, tetapi seperti disebut Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini percuma dan secara sukarela, bukannya wajib.

“Saya yakin semua atlet akan memilih untuk divaksin kerana ia satu perkara yang memberi kedudukan mereka jauh lebih selamat,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia