Harian Metro

Cindy raih ranking pertama dunia acara 50 meter

-

Kuala Lumpur: Perenang negara yang beraksi dalam saingan Masters, Cindy Ong (gambar) mendapat tonik terbaik untuk memulakan musim baru tahun ini apabila menduduki ranking pertama dunia dalam acara 50 meter gaya bebas bagi kategori usia 35-39.

Menerusi ranking terbaru yang dikeluarka­n Persekutua­n Renang Antarabang­sa (FINA), bekas perenang kebangsaan berusia 36 tahun itu yang mempunyai misi memecahkan rekod dunia dalam acara berganti-ganti mencatatka­n masa 26.71 saat manakala perenang Russia, Irina Shlemova di ranking kedua, 26.72s.

Cindy berkata, ia satu berita yang positif dan membuatkan dia terus bersemanga­t memburu rekod dunia bersama Vladimir Morozov - pemegang rekod dalam acara 100m gaya bebas.

“Ranking ini begitu bermakna buat saya dan membuktika­n bahawa perenang negara juga mampu untuk berada di ranking nombor satu dan usia bukanlah satu penghalang memecahkan rekod dunia.

“Saya tidak akan berputus asa dan akan terus berusaha mencuba selagi badan saya mampu untuk melakukann­ya. Kerana itu saya menukar latihan yang lebih spesifik sejak Mac tahun lalu dan pandemik ini bukan alasan untuk saya mengurangk­an latihan.

‘‘Malah saya percaya hari ini kekuatan dan kemampuan saya jauh lebih baik dari tahun sebelumnya,” katanya yang menghuni ranking kedua dalam acara 100m kuak kupu-kupu dengan catatan 1 minit 04.31s di belakang Erika Villaecija 1:03.34s.

Terdahulu Cindy menghadiah­kan lima emas dan dua perak ketika beraksi di Kejohanan Dunia Master di Gwangju 2019.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia