Harian Metro

Enam along gemar simbah cat ditahan

-

Ipoh: Enam along berusia 16 hingga 42 tahun termasuk seorang wanita yang gemar menyimbah cat merah di rumah keluarga peminjam ditahan dalam dua serbuan berasingan di Ipoh dan Manjung di sini, pada 16 Februari lalu serta kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalath­rash Wahid berkata, semua suspek ada kaitan antara satu sama lain dan sindiket yang aktif sejak Mac tahun lalu turut membuat rakaman video untuk mengugut keluarga peminjam.

“Pada 10 Februari lalu, seorang pengadu membuat laporan polis yang menyatakan ketika berada di tempat kerja, dia dihubungi jiran yang memaklumka­n kediamanny­a di Bandar Baru Sri Klebang disimbah cat merah.

“Pengadu bergegas pulang dan dia turut menemui notis amaran hutang di atas nama anak lelakinya ditampal pada pintu pagar rumah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, semalam.

Mior Faridalath­rash berkata, anak pengadu tidak tinggal di alamat berkenaan dan kini dipercayai berada di Singapura, malah pengadu tidak mengetahui jumlah pinjaman daripada along yang dibuat anaknya itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia