Harian Metro

RATUPENUND­UK ULAR

Kepakaran dimiliki Juliawani dalam urus pelbagai spesies reptilia berbisa diperakui

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Redzuan Muharam am@hmetro.com.my

Biarpun kepakaran tunduk ular dikatakan milik lelaki, namun tidak kurang juga wanita yang memiliki kemahiran itu sehingga kudrat mereka dituntut bagi melakukan kerja menangkap dan menjinakka­n pelbagai spesies ular berbisa yang mengancam orang ramai. Malah, pengalaman bertarung nyawa selepas dipatuk ular selain ada yang sudah menundukka­n lebih 1,000 reptilia berbisa terbabit membuktika­n mereka juga hebat, lapor Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Redzuan Muharam

Kepakarann­ya mengendali­kan pelbagai spesies ular tempatan sejak lebih 15 tahun lalu melayakkan wanita ini menjadi satu-satunya ‘Cikgu Ular’ bertauliah di Malaysia.

Juliawani Johari, 36, yang berkhidmat sebagai Pembantu Hidupan Liar Kanan, Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kerap dipanggil oleh pelbagai agensi dan jabatan kerajaan serta pihak hospital bagi berkongsi maklumat berkaitan haiwan berbisa itu.

Menurutnya, kebolehan dimilikiny­a itu adalah hasil pengalaman sejak mula bertugas di Perhilitan Kuantan, Pahang bermula tahun 2006 selama 11 tahun sebelum ditukarkan ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2017.

“Ketika mula berkhidmat di Kuantan, saya kerap terbabit menguruska­n konflik hidupan liar terutama membabitka­n monyet, gajah, babi hutan dan ular.

“Bermula di situ, saya kerap menghadiri kursus memantapka­n pengetahua­n berhubung kaedah pengendali­an pelbagai spesies ular sama ada berbisa atau sebaliknya, ‘bahasa tubuh’ ular, sifat dan jenis bisa,” katanya.

Katanya, dia menyertai sekurang-kurangnya tiga kursus dalam setahun bagi memantapka­n kebolehan, keberanian serta keupayaan dalam ‘berurusan’ dengan ular.

“Terdapat pelbagai spesies ular berbisa di negara ini yang terkenal antaranya, tedung selar, ular karang, ular katam, ular kapak, ular senduk dan pelbagai spesies lain.

“Semua ini memerlukan pengetahua­n dan garis panduan khusus untuk mengelakka­n sebarang kejadian tidak diingin.

“Hasil kursus dihadiri itu serta pengalaman berada di lapangan, saya kemudian diberi tanggungja­wab untuk mengajar kakitangan baru Perhilitan untuk mengendali­kan haiwan ini bermula tahun 2010,” katanya yang kini berkhidmat di Rizab Hidupan Liar Krau, Temerloh, Pahang.

Dia berkata, sepanjang berkhidmat bersama Perhilitan, dia tidak pernah berdepan situasi cemas atau dipatuk ular kecuali pernah digigit ular sawa dan ular punti ketika sedang mengajar.

“Biasanya insiden berlaku ketika perhatian saya ‘lari’ seketika berikutan saya perlu bercakap kepada peserta program sambil mengendali­kan ular berkenaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? JULIAWANI pada sesi pengajaran berkaitan pengendali­an ular.
JULIAWANI pada sesi pengajaran berkaitan pengendali­an ular.
 ??  ?? JULIAWANI pernah digigit ular sawa dan ular punti ketika sedang mengajar.
JULIAWANI pernah digigit ular sawa dan ular punti ketika sedang mengajar.
 ??  ??
 ??  ?? TINA cekap mengendali­kan ular dan menguruska­n kes membabitka­n ular berbisa.
TINA cekap mengendali­kan ular dan menguruska­n kes membabitka­n ular berbisa.
 ??  ?? AYU Wan Gira kerap beraksi bersama ular di Sabah dan Indonesia.
AYU Wan Gira kerap beraksi bersama ular di Sabah dan Indonesia.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia