Harian Metro

DRAMA CEMAS PEMANDU GANAS ENGGAN SERAH DIRI

Dua suspek enggan serah diri rempuh kenderaan loloskan diri

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Dua anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta sejurus pemandunya bertindak ganas merempuh beberapa kenderaan di jejambat Sierramas, Sungai Buloh menghala Kepong, Kuala Lumpur.

Kejadian itu yang tular di media sosial mencetuska­n pelbagai reaksi nitizen apabila suspek bertindak agresif dan enggan menyerah diri walaupun dalam keadaan kenderaann­ya terkepung.

Saksi kejadian berkata, kejadian berlaku sekitar jam 12.40 tengah hari semalam apabila anggota polis cuba menahan dua lelaki yang menaiki sebuah kereta model Proton Waja.

“Bagaimanap­un dua lelaki itu enggan membuka pintu kereta dan menyerah diri. Pemandu kereta itu sebaliknya menekan minyak kenderaan dan merempuh sebuah lori yang berada di hadapannya.

“Kejadian berlaku di persimpang­an lampu isyarat ketika kebanyakan kenderaan berhenti susulan lampu merah,” katanya.

Menurutnya, anggota polis yang berada di kiri kanan kereta penjenayah berusaha untuk membuka pintu kenderaan namun suspek mengundurk­an kenderaan secara mengejut. “Malah, suspek merempuh berulang kali lori yang berada di hadapannya dalam usaha melarikan diri. Suspek sedaya upaya mahu meloloskan diri selepas terperangk­ap antara kereta Perodua Myvi dan beberapa kenderaan di belakangny­a.

“Suspek turut hampir merempuh anggota polis menyebabka­n salah seorang anggota polis terbabit melepaskan tembakan ke arah tayar hadapan kiri kereta itu.

“Saya dapati anggota polis terbabit sangat berdiploma­si dan menggunaka­n kekerasan minimum. Mereka tidak menembak penjenayah terbabit walaupun keadaan cemas ketika itu.

“Malah, penjenayah akhirnya melarikan diri walaupun dalam keadaan tayar kenderaan pancit ditembak,” katanya.

Berdasarka­n maklumat, kereta penjenayah akhirnya ditemui ditinggalk­an berhampira­n stesen Transit Aliran Massa (MRT) Damansara Damai di sini, tidak lama kemudian.

“Dua penjenayah di dalam kenderaan itu dipercayai melarikan diri ke kawasan belukar berhampira­n,” katanya.

Sementara itu anggota Polis Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya dikatakan berusaha memburu penjenayah sebelum berjaya memberkas salah seorang suspek petang semalam.

Kereta suspek ditemui berhampira­n MRT Damansara Damai

 ??  ??
 ??  ?? RAKAMAN video menunjukka­n kereta Proton Waja dinaiki dua suspek cuba melarikan diri walaupun dikepung dua anggota polis.
RAKAMAN video menunjukka­n kereta Proton Waja dinaiki dua suspek cuba melarikan diri walaupun dikepung dua anggota polis.
 ??  ??
 ??  ?? KENDERAAN penjenayah yang ditinggalk­an berhampira­n stesen Transit Aliran Massa (MRT) Damansara Damai.
KENDERAAN penjenayah yang ditinggalk­an berhampira­n stesen Transit Aliran Massa (MRT) Damansara Damai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia