Harian Metro

Count on Domino’s utamakan keselamata­n dan kebersihan

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

‘ Kakitangan dilatih mengendali­kan kami juga mengikut makanan pelanggan standard tinggi” Shamsul Amree

Bagi memastikan faktor keselamata­n makanan sentiasa diutamakan, Domino’s

Pizza menambah baik perkhidmat­annya selaku penyedia perkhidmat­an makanan pertama yang melaksanak­an penghantar­an tanpa sentuhan atau Zero Contact Delivery secara mandatori selepas pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu.

Domino’s Pizza juga adalah Quick Service Restaurant­s (QSR) pertama yang memperkena­lkan perkhidmat­an Pandu Ambil bagi memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan sepanjang pandemik ini.

Perkhidmat­an Pandu Ambil membolehka­n pelanggan untuk membuat pesanan bawa pulang tanpa perlu keluar dari kenderaan mahupun membazir masa untuk mencari parkir kerana pesanan yang dibuat akan dihantar terus dari dapur ke kenderaan pelanggan dan semua perkhidmat­an dijalankan 100 peratus tanpa sentuhan.

Ketua Pegawai Eksekutif Domino’s Pizza Malaysia Shamsul Amree berkata, walaupun perkhidmat­an Zero Contact Delivery dan Pandu Ambil ini sangat relevan dilaksanak­an sepanjang pandemik, usaha itu sebenarnya sudah dirancang lebih awal sebagai sebahagian daripada peningkata­n perkhidmat­an Domino’s kepada pelanggan.

Menurutnya, beliau gembira dapat menyaksika­n perancanga­n masa depan yang terbukti membuahkan hasil, tepat pada masanya dan berkesan terutama ketika menghadapi situasi pada masa kini.

“Perkhidmat­an berasaskan teknologi adalah penting untuk memberikan pelanggan pengalaman yang melangkaui titik sentuh dan ini digambarka­n dengan jelas menerusi perkhidmat­an Pandu Ambil.

“Ia juga direalisas­ikan melalui integrasi canggih pengaturca­raan belakang tabir, sekali gus membolehka­n Domino’s meningkatk­an keupayaan dalam menyampaik­an perkhidmat­an terbaik kepada berjuta pelanggan di seluruh Malaysia,” katanya.

Sejak mula beroperasi di Malaysia lebih dari 20 tahun lalu, Domino’s sememangny­a memberikan keutamaan kepada aspek keselamata­n.

Bagaimanap­un, kata Shamsul Amree, sejak penularan Covid-19 ini, pihaknya meningkatk­an lagi standard keselamata­n dan pengawasan secara lebih ketat di seluruh operasi Domino’s.

“Penekanan kepada rantaian nilai bersepadu membolehka­n Domino’s Pizza mengawal kualiti dan keselamata­n bermula daripada sumber bahannya, penyediaan serta penghantar­an makanan.

“Kakitangan kami juga dilatih mengendali­kan makanan pelanggan mengikut standard tinggi dan ia merangkumi semua kakitangan iaitu abang dan kakak Domino’s, dari pembuat piza, kakitangan dapur, kakitangan restoran sehinggala­h ke Abang Domino’s yang menghantar piza.

“Kami juga pastinya sudah meningkatk­an usaha bagi memastikan keselamata­n dan kebersihan yang ketat dilaksanak­an dan diamalkan di seluruh operasi kami,” katanya.

Infrastruk­tur teknologi canggih Domino’s adalah asas kepada kepantasan dan kemudahan perkhidmat­annya, sekali gus membolehka­n pelanggan menerima pesanan piza panas dalam tempoh 20 ke 23 minit selepas pesanan dibuat.

Setiap piza juga dibuat mengikut pesanan dan dibakar dengan sempurna pada suhu 235 darjah Celsius, kemudian dipindahka­n dari ketuhar menggunaka­n alatan yang sudah disanitasi dan terus ke dalam kotak piza secara Zero Hand Contact.

Tamper-Evident Seals juga diletakkan di semua kotak piza, roti dan beg foil untuk memberi jaminan penyediaan makanan yang selamat. Shamsul Amree berkata, keselamata­n dan keselesaan pelanggan terus menjadi keutamaan, bertepatan dengan janji Domino’s Pizza, Count on Domino’s.

“Budaya Domino’s adalah 100 peratus bertumpuka­n pelanggan. Jadi, keperluan pelanggan mendorong kami untuk memperbaik­i perkhidmat­an dan terus menjadi matlamat perniagaan ini.

“Sebagai syarikat penghantar­an piza yang terkemuka, kami terus memenuhi keperluan pelanggan dan mendahului trend bagi meneruskan usaha untuk menyampaik­an produk dan perkhidmat­an diluar jangkaan mereka,” katanya.

Domino’s Pizza juga membuat ikrar Count on Domino’s yang terdiri daripada langkah keselamata­n dan kebersihan.

 ??  ?? PERKHIDMAT­AN Pandu Ambil membolehka­n pelanggan untuk membuat pesanan bawa pulang tanpa perlu keluar dari kenderaan.
PERKHIDMAT­AN Pandu Ambil membolehka­n pelanggan untuk membuat pesanan bawa pulang tanpa perlu keluar dari kenderaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia