Harian Metro

RUMAH PINTAR ORANG BUJANG

Pelukis pelan tak kisah berbelanja lebih untuk miliki kemudahan rumah serba moden

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

Seiring perkembang­an teknologi, konsep rumah pintar sememangny­a semakin diminati.

Ia menjadi pilihan kerana mempunyai banyak kelebihan antaranya dapat menjimatka­n elektrik dan penggunaan tenaga.

Kelebihan itu turut mendorong Rafiuddin Idris, 32, mentransfo­rmasi kediamanny­a kepada rumah pintar sebaik sahaja mendapat kunci tahun lalu.

Pelukis pelan itu membeli rumah jenis pangsapuri seluas

995 kaki persegi yang memiliki tiga bilik tidur serta dua bilik air di Cheras, Selangor.

Kata Rafiuddin, untuk lebih penjimatan dan

memenuhi cita rasa, dia membeli sendiri semua peralatan yang diperlukan kemudian meminta kontraktor memasangny­a.

Menurutnya, semua peralatan seperti Google Home, lampu dan suis pintar dibeli sendiri secara dalam talian selepas melakukan beberapa tinjauan.

“Peralatan elektrik di rumah ini seperti lampu, kipas, televisyen, lampu LED, robot penyedut hampagas dan sebagainya dipantau menerusi aplikasi khas di dalam telefon.

“Ia sememangny­a menjimatka­n tenaga kerana saya hanya perlu memberi arahan seperti ‘Hey Google, please switch off my lamp’ atau ‘Hey Google please turn on my television’ dan sebagainya dari ruang mana sahaja di rumah itu pada telefon bimbit untuk menghidupk­an atau mematikann­ya dengan mudah,” katanya.

Menurut Rafiuddin lagi, kelebihan utama rumah pintar ialah sistem kawalannya adalah fleksibel dan dapat menjimatka­n tenaga dengan ketara.

Katanya, teknologi moden seperti itu sememangny­a sesuai untuk membantu memudahkan kerja rumah golongan bujang sepertinya yang tinggal keseoranga­n.

“Bagi menyesuaik­an dengan konsep itu, peralatan elektrik lain seperti penghawa dingin, penyedut asap serta pemanas air juga adalah daripada jenis teknologi pintar.

“Malah, untuk keselamata­n, jeriji dan pintu masuk rumah juga menggunaka­n teknologi pintar.

“Biarpun perlu berhabis sedikit namun saya berpuas hati dengan hasilnya kerana inilah kediaman berteknolo­gi moden yang diimpikan selama ini,” katanya.

Dalam pada itu, Rafiuddin juga tidak ketinggala­n menghiasi rumahnya dengan konsep moden menggunaka­n rona pastel lembut yang melatari kebanyakan dinding di kediaman berkenaan.

Selain itu, bagi memberi kelainan, Rafiuddin turut memasang sendiri panel dinding atau ‘wainscotin­g’ di kawasan laluan ke bilik tidur.

Untuk lebih keselesaan, Rafiuddin juga memasang kabinet di kawasan dapur kering dan basah.

“Walaupun hidup bujang, tapi kediaman ini sudah lengkap dengan semua peralatan rumah.

“Semua itu secara tidak langsung turut memberi keselesaan kepada ahli keluarga yang datang menziarah, “katanya.

Semua itu secara tidak langsung turut memberi keselesaan kepada ahli keluarga yang datang menziarah

RAFIUDDIN IDRIS

 ??  ??
 ??  ?? RAFIUDDIN memilih konsep rumah pintar untuk kediamanny­a.
RAFIUDDIN memilih konsep rumah pintar untuk kediamanny­a.
 ??  ?? PERALATAN elektrik di ruang tamu dikawal menerusi telefon bimbit.
PERALATAN elektrik di ruang tamu dikawal menerusi telefon bimbit.
 ??  ?? PEMILIHAN meja makan yang menjimatka­n ruang.
PEMILIHAN meja makan yang menjimatka­n ruang.
 ??  ?? BILIK tidur utama yang turut dilengkapi dengan teknologi pintar.
BILIK tidur utama yang turut dilengkapi dengan teknologi pintar.
 ??  ?? PENAL dinding yang dibuat sendiri Rafiuddin menyerikan lagi laluan ke bilik tidur.
PENAL dinding yang dibuat sendiri Rafiuddin menyerikan lagi laluan ke bilik tidur.
 ??  ?? DAPUR kering yang dilengkapi kabinet dapur.
DAPUR kering yang dilengkapi kabinet dapur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia