Harian Metro

Panduan beli motosikal terpakai

-

PEMBELIAN sebuah motosikal mungkin juga menjadi pembelian besar pertama anda dan ia mungkin harta anda paling mahal buat seketika. Lazimnya, seseorang yang baru berjinak-jinak dengan kenderaan dua roda yang praktikal dan murah untuk diselengga­rakan ini akan memilih sebuah motosikal terpakai buat permulaan. Pilih jenis motosikal yang sesuai

Eloklah dipastikan dahulu jenis motosikal yang anda perlukan, sama ada jenis `cruiser’, `sportsbike’, motosikal `touring’ atau skuter yang mudah ditunggang. Ada pelbagai jenis motosikal di pasaran, jadi buatlah keputusan yang bersesuaia­n dengan bajet anda.

Jenis motosikal yang anda INGINI tidak semestinya sama dengan motosikal yang anda PERLUKAN.

Jenis motosikal yang berbeza juga akan mempunyai tahap penggunaan yang berlainan. Sebuah `sportbike’ mungkin lebih kerap digunakan berbanding jenis `touring’ yang mungkin digunakan untuk bersantai pada hujung minggu. Motosikal lasak atau `off-road’ dan jentera dwiguna (dual-purpose) mungkin ditunggang­i dengan lasak sehingga haus penyerap hentaknya. Bagi jentera jenis ini, mungkin anda perlu membeli motosikal yang agak baru sedikit.

Beli di kedai atau terus daripada pemilik?

Harga motosikal di kedai lazimnya lebih tinggi, tapi mereka juga menawarkan jaminan terhad bagi motosikal yang dibeli pelanggan. Kedai motosikal juga menawarkan pilihan motosikal yang boleh diteliti sendiri oleh bakal pembeli.

Pemilik individu mungkin lebih banyak menceritak­an kisahnya dengan motosikal berkenaan daripada bercerita mengenai keadaan motosikal itu sendiri, tapi anda juga boleh membuat penawaran harga secara

terus dengan lebih mudah. Pemilik juga mampu memberikan lebih banyak maklumat sejarah motosikal itu.

Periksa motosikal yang ingin anda beli

Periksa dengan teliti pada beberapa bahagian motosikal. Motosikal yang pernah terbabit dalam kemalangan teruk mungkin mempunyai kerangka yang bengkok. Periksa juga bahagian kepala motosikal dan lengan ayun. Kadangkala sepit udang dan penyerap hentak yang rosak mempunyai kesan minyak bocor padanya.

Enjin yang bocor minyak pelincirny­a lazimnya mempunyai lapisan gasket yang lebih gelap dan kotor walaupun setelah dicuci. Malah ada enjin dan gasket yang dicat semula untuk menyerlahk­an `kebersihan”.

Mintalah pendapat mekanik anda dan periksa secara visual sekeliling motosikal. Jentera yang bengkok kerangkany­a mungkin hilang jajaran yakni roda hadapan dan belakang tidak sejajar. Perhatikan dengan mata kasar dan periksa dengan menggunaka­n benang.

Tunggang uji sebelum beli

Tunggang uji mampu memberikan maklumat lanjut mengenai motosikal yang bakal anda beli. Teliti dan dengar bunyi motosikal itu jika ada bunyi yang tak sepatutnya. Rasai kendalian motosikal itu, kalau-kalau ada gegaran atau terasa berat. Jika anda kurang pengalaman , minta bantuan rakan untuk menunggang uji. Memeriksa motosikal sebelum pembelian adalah tanggungja­wab anda supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Teliti rekod servis jika ada

Periksa rekod servis motosikal itu terutama motosikal yang masih baru. Motosikal yang disenggara­kan dengan baik akan menjimatka­n wang anda di masa depan. Jumlah perbatuan berbanding usia motosikal adalah sesuatu yang perlu diteliti. Motosikal yang lasak digunakan mungkin lebih cepat rosak, sama juga dengan yang amat jarang ditunggang, kerana banyak komponen yang rosak atau reput dek tersimpan lama.

Tawar menawar

Pastikan anda melakukan tawar menawar yang realistik bagi mendapat lebih nilai untuk wang anda. Pastikan anda mendapat harga yang baik dan selesa berbanding harga pasaran.

Anda berhak untuk tawar menawar jika harga dirasakan tinggi.

Ada pemilik yang melakukan peningkata­n atau `upgrade’ dengan menggunaka­n komponen berkualiti, jadi harga motosikal ini mungkin lebih tinggi daripada harga pasaran.

Jangan tergopoh-gapah

Semak pelbagai sumber, kedai atau dari bandar lain untuk mendapatka­n panduan harga. Fikirkan dan teliti semua pilihan yang ada dan dapatkan pendapat orang yang lebih berpengala­man. Dalam keghairaha­n, anda mungkin membuat keputusan yang terburubur­u.

Jika sudah berkenan di hati, tunggang uji dan buat keputusan. Periksa geran dan rekod serta pastikan ia sama dengan nombor enjin dan casis. Juga pastikan tiada tuntutan hak milik yang tertunggak.

Tamatkan urus niaga dengan baik dan berhemah, kenakan pakaian keselamata­n dan nikmatilah tunggangan baru anda!!

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia