Harian Metro

‘JANGAN CIPTA ALASAN’

-

Kuala Lumpur: “Jangan sengaja nak mencipta pelbagai alasan,” kata bekas pengendali Kuantan FA, Ismail Zakaria (gambar) yang menganggap pemilik Marcerra Kuantan FA, Datuk Seri Dr Mohamad Feardaus Khairuddin sengaja mencipta alasan untuk melepaskan diri.

Menurut jurulatih berpengala­man itu, bermula dari bulan pertama pada Januari 2018 sehingga empat bulan berikutnya tidak pernah langsung menerima sebarang gaji.

Malah, tuduhan Feardaus mengatakan ada pemain yang melanggar terma kontrak tidak tepat kerana pemain masih setia mengikut perjanjian kontrak dengan tetap turun beraksi walaupun tidak menerima gaji.

“Kalau pemain langgar kontrak, pemain masih bermain banyak perlawanan walaupun tanpa dibayar gaji. Dalam kontrak, sekiranya gaji gagal dibayar pihak majikan sebulan pun, pemain boleh ambil tindakan dan boleh pindah kelab sebenarnya.

“Tapi ini berbulan-bulan tak bayar, budak-budak masih bermain sampai satu tahap dah tak tahan dengan duit tak ada. Banyak kesalahan beliau kita boleh tunjukkan. Ada ke dia masukkan duit dalam akaun (bayar gaji), kalau ada tolong tunjukkan bukti.

“Beliau mencari alasan bermacam-macam.Tapi pada saya, kalau beliau masih nak berdolak dalih, kita bawa ke mahkamah. Kalau pemain dah langgar perjanjian, apa yang dilanggarn­ya. Mereka masih lagi main bola, malah FAM pun ada rekod perlawanan,” katanya kepada Arena Metro.

Kelmarin, Arena Metro melaporkan bekas pemain Marcerra Kuantan FA mahu mengheret pemilik kelab itu ke muka pengadilan selepas bersabar hampir tiga tahun ekoran tunggakan gaji yang masih belum diselesaik­an.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia