Harian Metro

RED DEVILS MAHU ATASI BADI

Solskjaer yakin Red Devils mampu mara lebih jauh dalam saingan Liga Europa

-

Ole Gunnar Solskjaer yakin Manchester United berada di landasan tepat selepas menyaksika­n anak buahnya mara ke pusingan 16 terakhir Liga Europa.

United seri tanpa jaringan bertemu Real Sociedad pada perlawanan kedua semalam di Old Trafford namun mara menerusi agregat 4-0 selepas menewaskan lawan mereka minggu lalu.

Red Devils tersingkir pada peringkat separuh akhir musim 2019-20 namun Solskjaer berharap mereka dapat memenangin­ya musim ini selepas mengambil pengajaran daripada kegagalan lalu untuk meningkatk­an prestasi.

“Anda lebih mengingati kekalahan berbanding kemenangan. Apabila anda berjaya mara ke separuh akhir di mana-mana pertanding­an, bermakna anda semakin menghampir­inya.

“Kami sudah melaluinya tiga kali, jadi barisan pemain ini tahu bagaimana perasaanny­a.

“Kami mahu mara sejauh yang mungkin tetapi apabila anda gagal sebelum ini, pastinya anda mahu melakukan lebih baik selepas itu.

“Budaya di dalam pasukan semakin baik dan kami mempunyai barisan pemain serta jurulatih terbaik,” katanya.

United akan terus memberi tumpuan kepada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Chelsea awal pagi Isnin, tiga hari sebelum bertemu Crystal Palace di Selhurst Park.

Solskjaer menegaskan betapa pentingnya untuk kekal fokus menjelang aksi selepas ini.

“Bermula sekarang sehingga tempoh rehat antarabang­sa, saya rasa kami mempunyai enam atau tujuh perlawanan. Semua perlawanan amat penting, jadi tempoh tiga minggu ini sangat genting,” katanya. - Agensi

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN Sociedad, Andoni Gorosabel (kanan) dan pemain United, Daniel James bertarung mendapatka­n bola.
PEMAIN Sociedad, Andoni Gorosabel (kanan) dan pemain United, Daniel James bertarung mendapatka­n bola.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia