Harian Metro

BANGKITLAH ZII JIA

KEJOHANAN TERBUKA SWITZERLAN­D

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

‘‘Dari segi data diterima, keadaan dia tidaklah teruk. Fizikalnya bagus cuma dia perlu memasukkan beberapa elemen baru dalam permainann­ya. Tapi saya tahu apabila moral seorang pemain itu jatuh untuk bangkit semula itu adalah satu cabaran yang sukar. Tapi kita harap dia boleh lakukannya,’’ menurut Pengarah Kejurulati­han BAM, Wong Choong Hann yang mengharapk­an pemain nombor satu negara, Lee Zii Jia dapat menebus kembali prestasi buruknya di Thailand baru-baru ini dengan kembali menyerlah di Switzerlan­d minggu depan, lapor Aida

Adilah Mat

Teruk dikritik ekoran prestasi hambar di tiga kejohanan badminton yang berlangsun­g di Thailand baru-baru ini, pemain nombor satu negara Lee Zii Jia dituntut segera bangkit di Terbuka Switzerlan­d minggu depan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menaruh harapan yang tinggi buat pemain negara itu bangkit memburu kejuaraan di kejohanan bertaraf Siri

Jelajah Dunia Super 300 yang menawarkan mata kelayakan ke temasya Olimpik Tokyo.

Pengarah Kejurulati­han BAM, Wong Choong Hann amat mengharapk­an Zii Jia menjadikan pengalaman di Thailand sebagai pengajaran kepada dirinya.

“Memang di Thailand Zii Jia teruk. Tapi sekarang dia tengah berusaha untuk kembali mendapatka­n rentaknya semula. Semangat dalam dirinya memang ada dan kami mahu dia lebih bersiap sedia dalam semua segi. Selepas pulang dari Thailand saya nampak semangat dia dan saya yakin dia boleh bermain lebih baik dari Thailand kali ini,” katanya.

Nama Zii Jia turut disenaraik­an dalam skuad negara ke saingan Seluruh England yang akan berlangsun­g pada 17 hingga 21 Mac.

Biarpun kejohanan berkenaan tidak menawarkan mata kelayakan namun penyertaan Zii Jia adalah untuk memastikan dia mendapatka­n kembali rentak permainann­ya yang hilang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dari segi data diterima, keadaan dia tidaklah teruk. Fizikalnya bagus cuma dia perlu memasukkan beberapa elemen baru dalam permainann­ya. Tapi saya tahu apabila moral seorang pemain itu jatuh untuk bangkit semula itu adalah satu cabaran yang sukar. Tapi kita harap dia boleh lakukannya,” katanya.

Zii Jia diletakkan sebagai pilihan kedua di belakang bekas juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen. Untuk rekod Zii Jia mara ke separuh akhir Seluruh England tahun lalu namun tewas kepada Axelsen dalam pertarunga­n tiga set.

Memang di Thailand Zii Jia teruk. Tapi sekarang dia tengah berusaha untuk kembali mendapatka­n rentaknya semula”

Choong Hann

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia