Harian Metro

TANYALAH PADA PAKAR!

Kita sebagai orang awam perlu bertanya kepada yang ahli. Jika was-was bab vaksin, tanyalah doktor yang berkongsi ilmu di media sosial

- Penulis Pengarang Berita Harian Metro

Sekitar 2018, anak saya yang ketika itu berusia tiga tahun pernah dijangkiti demam campak yang berpunca daripada virus measles.

Ia menyebabka­n anak saya mendapat demam tinggi, batuk, selesema, sakit tekak dan matanya berair selain sakit otot.

Tiga hari kemudian timbul ruam di seluruh badannya.

Ketika itu, anak saya yang aktif hanya mampu berbaring. Disebabkan demam tinggi melebihi tiga hari, doktor di klinik swasta merujuk kes kami ke hospital.

Doktor di hospital mengesahka­n bahawa anak saya dijangkiti virus measles.

Soalan pertama yang ditanya doktor, adakah anak saya memenuhi jadual imunisasi kebangsaan yang ditetapkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Sudah tentu saya jawab ya. Doktor katakan, jika sudah dapatkan vaksin measles, mumps and rubella (MMR) untuk mencegah campak, beguk dan rubella, kami tidak perlu bimbang kerana peratusan untuk sembuh agak tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak mendapatka­n vaksin berkenaan.

Anak saya yang ini juga pernah mendapat reaksi selepas imunisasi. Sekeliling tempat yang disuntik di lengannya menjadi bengkak dan kemerah-merahan.

Saya terus merujuk jururawat di klinik kesihatan dan mereka lakukan pemantauan rapi. Selepas tiga hari bengkak itu surut.

Adakah saya serik mendapatka­n imunisasi untuk anak yang lain? Sudah pasti tidak. Saya percaya manfaat mendapatka­n vaksin itu lebih tinggi berbanding risiko mendapat reaksi selepas suntikan.

Begitu jugalah perihalnya dengan vaksin Covid-19. Banyak cakap-cakap yang menyebut vaksin ini tidak boleh dipercayai kerana terlalu pantas ia disiapkan, hanya dalam tempoh setahun.

Berdasarka­n laporan CNBC pada Julai tahun lalu, vaksin Covid-19 keluaran

Pfizer-BioNTech mendapat kelulusan daripada Pentadbira­n Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) untuk kegunaan kecemasan kerana terdapat keperluan mendesak.

Adakah tidak dikira mendesak jika jumlah kematian melebihi angka 2.4 juta di seluruh dunia?

Bagaimana ia dihasilkan, apakah kandungann­ya, mengapa ia terlalu cepat disiapkan berbanding vaksin untuk penyakit lain atau bagaimana ia berfungsi melawan virus boleh dirujuk dengan mereka yang arif dalam bidang perubatan.

Soalan seperti apakah hukum mengambil vaksin, adakah bahan dalam vaksin itu dibenarkan mengikut syarak atau apa pula hukum menolak vaksin perlu dirujuk dengan mereka yang ahli dalam bidang berkaitan.

Bagaimana mahu pastikan mereka itu ahli? Caranya adalah pastikan mereka memiliki latar belakang pendidikan formal dalam bidang berkenaan. Tidak cukup sekadar pendidikan formal, mereka yang ahli juga perlu berpengala­man dalam bidang itu.

Kita sebagai orang awam juga perlu bertanggun­gjawab untuk bertanya kepada yang ahli.

Jika was-was bab vaksin ini, tanyalah doktor yang ramai berkongsi ilmu di media sosial. Usahlah tanya kepada si tukang masak.

Bab hukum-hakam, usahlah bertanya kepada wartawan.

Ini bukan isu perlekeh kerjaya atau tahap pendidikan sesiapa, tapi inilah cara terbaik untuk pastikan maklumat yang diterima tidak terpesong.

Tarikh 24 Februari 2021 menjadi saat bersejarah untuk negara kita apabila Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula secara rasmi menggunaka­n vaksin Comirnaty, keluaran Pfizer-BioNTech.

Ketika vaksin itu tiba di tanah air pada 21 Februari lalu, bertebaran­lah ‘gosip liar’ yang bunyinya pelbagai.

Ada yang menyamakan pesawat membawa vaksin itu sebagai keldai yang membawa dajal. Ada pula yang mengatakan kandungan vaksin itu palsu kerana dibawa dengan lori saja.

Lebih dahsyat ada yang menuduh kumpulan pertama vaksin itu menjadi ‘umpan’ dalam memastikan rakyat yakin mengambil vaksin sebagai perangkap untuk membunuh warga emas.

Bak kata bidalan - jika hendak beranak, ikutlah kata bidan. Janganlah diangkat sumpit penuh tidak berisi.

 ??  ?? KETUA Jururawat Lina Ibrahim menunjukka­n vaksin Covid-19 jenis Pfizer BioNTech di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya Presint 11.
KETUA Jururawat Lina Ibrahim menunjukka­n vaksin Covid-19 jenis Pfizer BioNTech di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya Presint 11.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia