Harian Metro

HIKMAH PESAN LUQMAN

Ajaran Islam harus dijadikan panduan dalam mendidik anak-anak agar keluarga sentiasa terpelihar­a

- Penulis Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Jawi)

Anak-anak adalah kurniaan dan anugerah Allah SWT yang amat bermakna dalam sesebuah keluarga. Kelahirann­ya adalah suatu amanah yang akan dipertangg­ungjawabka­n bagi semua yang bergelar ibu dan bapa. Justeru, dalam masyarakat bukan hanya wujud istilah anak derhaka yang tidak patuh dan taat kepada kedua-dua orang tuanya bahkan wujud juga situasi ibu bapa yang gagal melaksanak­an tanggungja­wab mendidik dan membesarka­n anak-anak dengan sempurna menurut panduan syariat.

Daripada sudut pandangan Islam, anak- anak bukan sahaja anugerah dan amanah daripada Allah SWT kepada pasangan suami isteri, tetapi juga menjadi saham akhirat yang berterusan kepada ibu bapa sekiranya dididik dengan ajaran al-Quran dan Sunah. Sabda Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputusla­h amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatk­an dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (Hadis riwayat

Muslim)

Oleh kerana anak-anak adalah anugerah yang amat bernilai daripada Allah SWT, maka mereka perlu dibelai, disayangi dan dihargai dengan sebaik-baiknya. Ibu bapa yang sentiasa berusaha untuk mendidik anak-anak dengan sebaik-baiknya sehingga menjadi anak yang soleh, taat kepada perintah Allah SWT dan berbakti kepada ibu bapa dijanjikan jaminan rezeki daripada Allah SWT. Sebaliknya jika ibu bapa lalai dan alpa dalam mendidik anak-anak, ia boleh mendatangk­an musibah kepada ibu bapa itu sendiri.

Di dalam hal ini, amat wajar untuk kita menghayati pesanan daripada Luqman al-Hakim kepada anaknya seperti yang dirakamkan Allah SWT di dalam al-Quran yang boleh dijadikan panduan bagi ibu bapa agar mendidik anak-anak dengan iman, ilmu dan akhlak.

Firman Allah SWT di dalam al-Quran surah Luqman ayat 13 yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: “Wahai anak kesayangan­ku, janganlah engkau memperseku­tukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhn­ya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”

Manakala dalam surah yang sama ayat 16-19 Allah berfirman yang bermaksud: ‘(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayangan­ku, sesungguhn­ya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi serta ia tersembuny­i di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalas-Nya); kerana sesungguhn­ya Allah Maha Halus pengetahua­n-Nya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembuny­i. Wahai anak kesayangan­ku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarla­h atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhn­ya yang demikian itu adalah daripada perkara-perkara yang dikehendak­i diambil berat melakukann­ya. “Dan janganlah engkau memalingka­n mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhn­ya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggak­an diri. Dan sederhanak­anlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanl­ah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhn­ya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”

Asas tarbiyah dan pendidikan kepada anak-anak hakikatnya bermula daripada keluarga seperti dinyatakan oleh Abdullah Nasih ‘Ulwan bahawa ketauladan­an adalah pendekatan yang berkesan dalam membentuk anak-anak secara moral, spiritual dan sosial yang bermula daripada ibu bapa dan keluarga dalam menghayati cara hidup Islam.

Justeru, bagi kedua-dua ibu bapa, peliharala­h amanah Allah SWT ini dengan memberikan pendidikan dan perlindung­an yang sempurna. Jangan pula diperlakuk­an kepada anak-anak dengan tindakan yang tidak baik walau apapun masalah dan ujian hidup yang melanda. Firman Allah SWT di dalam al-Quran

surah al-An’am ayat 151 yang bermaksud: “Katakanlah:

‘Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka dan janganlah kamu hampiri kejahatank­ejahatan (zina) - yang terang daripadany­a dan yang tersembuny­i dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhny­a) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahka­n kamu, supaya kamu memahaminy­a.’”

Isu penderaan dan pengabaian anak-anak seringkali dilaporkan berlaku dalam masyarakat semenjak dahulu hingga kini. Dalam situasi hidup yang semakin mencabar terutama di dalam tempoh pandemik wabak Covid-19 yang melanda dunia semenjak setahun yang lalu, ia menuntut lebih banyak kesabaran ibu bapa dalam mendidik anak-anak terutama dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebahagian ibu bapa mengalami situasi kehilangan pekerjaan namun masih perlu berikhtiar membesarka­n anak-anak. Anak-anak pula lebih banyak menghabisk­an masa di rumah dan sebahagian­nya terpaksa mengikuti sesi pembelajar­an di rumah secara dalam talian. Ibu bapa juga sebahagian­nya mempunyai lebih masa bersama anak-anak kerana bekerja dari rumah. Kesempatan masa bersama yang lebih kerap di antara ibu bapa dan anak-anak ini dapat mengeratka­n hubungan kekeluarga­an namun jika gagal diurus dengan baik akan mengakibat­kan tekanan dan keresahan melayan pelbagai karenah anak-anak. Keadaan tersebut boleh mendorong kepada pelbagai tindakan di luar kewarasan serta mengakibat­kan kesan tidak baik kepada mental dan fizikal sama ada ibu bapa mahupun anak-anak.

Allah SWT menjanjika­n ganjaran bagi ibu bapa yang bersabar dalam mendidik anak-anak. Firman Allah SWT di dalam al-Quran surah al-Zumar

ayat 10 yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad, akan firman-Ku ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Bertakwala­h kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi

Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhn­ya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurna­kan pahala mereka dengan tidak terkira.”

Allah SWT juga memuji ibu bapa yang mendidik anak-anak sebagaiman­a Allah memuji Nabi Ismail kerana usaha baginda dalam mendidik anak menjadi anak yang soleh. Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat

55 yang bermaksud: “Dan adalah ia menyuruh keluargany­a mengerjaka­n sembahyang dan memberi zakat dan ia pula adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya.” Di dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa ibu bapa yang mendidik dan membesarka­n anak perempuan dengan sempurna, anak tersebut akan menjadi penghalang daripada diseksa api neraka. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiap­a diuji dengan anak perempuan, lalu dia membesarka­nnya dengan baik (menjaga hak-haknya), maka anak-anak tersebut akan menjadi perisai buatnya daripada api neraka.” (Hadis riwayat Ahmad)

Ajaran Islam harus dijadikan panduan dalam mendidik anak-anak agar keluarga sentiasa terpelihar­a. Marilah kita berdoa seperti maksud ayat al-Quran

surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud: “Dan juga mereka

(yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

 ??  ?? ALLAH SWT menjanjika­n ganjaran bagi ibu bapa yang bersabar dalam mendidik dan membesarka­n anak.
ALLAH SWT menjanjika­n ganjaran bagi ibu bapa yang bersabar dalam mendidik dan membesarka­n anak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia