Harian Metro

APMM selamat lima pemancing terkandas di tengah laut

-

Semua mangsa selamat dan bot yang mengalami kerosakan itu ditunda ke Jeti Pulau Redang pada 6 petang untuk dibaiki”

Muhammad Suffi

Lima pemancing diselamatk­an Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) selepas bot dinaiki mereka mengalami kerosakan di perairan Pulau Redang, kelmarin.

Lima lelaki termasuk tekong berusia antara 32 hingga 47 tahun itu diselamatk­an pada jarak 15 batu nautika dari Pulau Redang pada 5.45 petang.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, bot Penggalang 17 yang segera bergerak ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan itu jam 4.45 petang. Katanya, semua mangsa selamat dan bot yang mengalami kerosakan itu ditunda ke Jeti Pulau Redang pada 6 petang untuk dibaiki.

Muhammad Suffi berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia memberikan perkhidmat­an dan bantuan kecemasan kepada masyarakat terutamany­a komuniti laut yang berdepan bencana atau kes kecemasan.

Katanya, orang awam diminta melaporkan sebarang kecemasan dan kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu di talian 096224357.

 ??  ?? BOT dinaiki lima pemancing mengalami kerosakan pada jarak 15 batu nautika dari Pulau Redang.
BOT dinaiki lima pemancing mengalami kerosakan pada jarak 15 batu nautika dari Pulau Redang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia