Harian Metro

2,364 kes baharu direkod semalam

-

Kuala Lumpur:

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 2,364 kes baharu jangkitan virus Covid-19, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus berkenaan di negara ini ialah 298,315 kes.

Beliau berkata, daripada jumlah kes semalam, kes penularan tempatan sebanyak 2,363 iaitu membabitka­n 1,455 warganegar­a atau 61.6 peratus dan 908 bukan warganegar­a atau 38.4 peratus.

“Manakala, terdapat satu kes import membabitka­n seorang warganegar­a. Sebanyak 3,320 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif 270,166 atau 90.6 peratus.

“Sementara itu, kes aktif dengan kebolehjan­gkitan 27,028 kes. Dukacita, terdapat 10 kematian direkodkan.

“Kes kematian itu membabitka­n lapan warganegar­a dan dua bukan warganegar­a. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 1,121 atau 0.38 peratus,” katanya dalam kenyataan terkini Covid-19, semalam.

Beliau berkata, seramai 190 pesakit Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan, 99 kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia