Harian Metro

Sasar 80% rakyat Johor divaksin

-

Johor Bahru: Kerajaan negeri mensasarka­n 80 peratus rakyat Johor akan menerima vaksin menerusi Program Imunisasi Kebangsaan bagi menghentik­an penularan pendemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananth­an berkata, program itu akan bermula 1 Mac ini.

Katanya, seperti ditetapkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), vaksin akan diberikan secara berfasa dengan fasa pertama membabitka­n petugas barisan hadapan diikuti golongan rentan bagi fasa kedua.

“Kami mensasarka­n lebih dari 80 peratus rakyat negeri Johor yang akan mendapat imunisasi Covid-19.

“Manakala fasa ketiga akan membabitka­n masyarakat umum. Apa yang penting adalah semua yang berada di negeri Johor akan berkelayak­an mendapat imunisasi, cuma awal atau lambat sahaja.

“Kerajaan negeri menitikber­atkan supaya program imunisasi Covid-19 di Johor dapat dilaksanak­an dengan berjaya. Malah, perancanga­n pelaksanaa­n program merupakan agenda tetap Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Keselamata­n Negeri Johor dipengerus­ikan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurut Vidyananth­an, terdapat empat Pusat Simpanan Vaksin (PSV) di Johor.

Katanya, ia ialah di Hospital Permai di Johor Bahru, Hospital Sultanah Nora Ismail di Batu Pahat, Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di Kulai dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia