Harian Metro

Feri ke Langkawi beroperasi semula

-

Alor Setar:

Perkhidmat­an feri penumpang dari Terminal Feri Kuala Perlis ke Langkawi beroperasi semula semalam.

Perkhidmat­an feri dihentikan di Terminal Feri Kuala Perlis berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabka­n aktiviti merentas negeri dan daerah tidak dibenarkan.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Kapten Baharin Baharom berkata, setakat semalam, hanya satu perjalanan feri beroperasi dari Kuala Perlis ke Langkawi dan Langkawi ke Kuala Perlis.

Beliau berkata, jumlah penumpang dari pulau Langkawi ke Kuala Perlis adalah 129 orang berdasarka­n jualan tiket.

“Perkhidmat­an feri dari Kuala Perlis pula berlepas jam 11.30 pagi tadi (semalam) dengan jumlah penumpang 132 orang.

“Semua penumpang perlu mempunyai surat kebenaran polis untuk merentas daerah atau negeri sebelum menaiki feri selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya ketika dihubungi.

Pada masa sama, menurut beliau, dua perjalanan di Terminal Feri Kuala Kedah ke Langkawi disediakan setiap hari iaitu pada jam 11.30 pagi dan jam 4 petang.

“Bagi perjalanan dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis, ia berlepas jam 10.30 pagi dan jam 3 petang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia