V untuk vaksin
GURU Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sunway, Chan Han Hua, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 14(1), Che Zaini Mat Daud, guru SMK Putrajaya Presint 11 (1), P Suguna Devi dan guru SK Putrajaya Presint 11 (1), Badaruddin Yahya kelihatan gembira dan bersemangat selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer BioNTech di Pejabat Kesihatan Putrajaya, Presint 11, semalam.