Harian Metro

KJ tunggu vaksin seterusnya

-

Kuala Lumpur: Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin (gambar) bersedia menerima suntikan apa juga vaksin koronaviru­s yang bakal diluluskan seterusnya oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) selepas ini.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, ia bagi memberi keyakinan kepada rakyat vaksin yang diperoleh oleh negara selamat dan diberikan tanpa membezakan kedudukan. “Saya sudah meneliti sejak beberapa hari lalu tentang pandangan dan pendapat rakyat. Saya lihat Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Noor Hisham Abdullah), menteri-menteri besar serta frontliner menerima suntikan Pfizer (Pfizer-BioNTech) dan tidak ada kesan sampingan.

“Sekarang ini rakyat sudah bertanya, semua pemimpin sudah mengambil suntikan vaksin Pfizer kerana barang baik, yang lain semua untuk rakyat biasa. Jadi saya ambil keputusan semalam akan ambil apa sahaja vaksin yang diluluskan seterusnya.

“Kalau Sinovac, Sinovaclah, kalau dari Rusia, Rusialah, kalau dari AstraZenec­a (Oxford-AstraZenec­a), Astra Zenecalah,” katanya selepas menyambut ketibaan vaksin Covid-19 keluaran Sinovac yang diterbangk­an dari Beijing, China menerusi penerbanga­n Malaysia Airlines MH319.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia