Harian Metro

Konsert virtual Haqiem 2 April

-

Kuala Lumpur:

Penyanyi popular, Haqiem Rusli bakal mengadakan konsert secara virtual pada 2 April depan.

Haqiem berkata, konsert itu bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran ke-23 tahun ini.

“Walaupun tidak dapat menjayakan konsert berskala besar untuk peminat, saya tetap akan buat juga tapi secara maya.

“Idea ini tercetus bersama syarikat rakaman. Dalam tempoh sebulan bersama pasukan saya melakukan sesi percambaha­n media, kami sepakat teruskan konsert dengan cara normal baharu ini,” katanya.

Haqiem yang juga pemenang Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 33) tahun lalu pernah mengadakan konsert sulung pada 2019.

Malah, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi ke-33 itu pernah mensasarka­n untuk mengadakan konsert keduanya di usia 23 tahun yang jatuh 2021.

Mengenai konsert yang dianjurkan bersama syarikat rakaman FMC Music dan YTJT Production itu, Haqiem berkata ia bakal berlangsun­g selama lebih sejam.

Haqiem yang kini popular menerusi lagu Mimpi dijangka menyanyika­n 10 lagu.

“Selain lagu sendiri, saya juga teruja nak menyanyika­n dua lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza secara medley. Dua lagu itu adalah Cindai dan Nirmala.

“Saya berharap konsert ini akan terus menjadi saksi sekali bagi menghubung­kan saya dengan peminat tersayang,” katanya.

Tiket boleh dibeli di pautan profil Instagram Haqiem Rusli.

 ??  ?? HAQIEM yang kini popular menerusi lagu Mimpi dijangka menyanyika­n 10 lagu.
HAQIEM yang kini popular menerusi lagu Mimpi dijangka menyanyika­n 10 lagu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia