Adi sebak anak baca doa ulang tahun
Kuala Lumpur:
Sebak dan terharu. Itu reaksi yang diungkapkan pelakon, Datuk Adi Putra apabila anaknya, Zara Adelia, 9, membacakan doa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-40, kelmarin.
Tindakan Zara yang juga orang kurang upaya (OKU) bisu dan pendengaran itu turut mengundang rasa sebak dalam kalangan
‘
Saya sangat sebak apabila puteri saya, Zara Adelia yang tak boleh mendengar dan bercakap membacakan doa selamat buat hari jadi saya. Allahu. Bergenang air mata saya”
Adi Putra
warganet.
“Saya sangat sebak apabila puteri saya, Zara Adelia yang tak boleh mendengar dan bercakap membacakan doa selamat buat hari jadi saya.
Allahu. Bergenang air mata saya.
“Allah saja yang tahu. Inilah hadiah paling cukup istimewa yang tak dapat dibeli di mana-mana,” katanya.
Hantaran itu ditonton lebih 9,700 kali di Instagram dan menerima lebih 1,100 komen daripada netizen yang turut tersentuh dengan doa yang dibacakan Zara.