Harian Metro

‘Kalau kena buka tudung kerana watak, cari orang lain’

-

Pelakon, Zila Bakarin (gambar) mengakui pernah ditanya oleh pekerja belakang tabir sama ada dia rela untuk membuka tudung ketika berlakon.

Zila berkata, soalan itu muncul apabila terdapat beberapa pelakon bertudung bersetuju untuk membuka tudung semata-mata untuk menjayakan watak diberikan.

“Jawapan saya, kalau nak kena buka tudung, cari orang lain,” katanya kepada

Harian Metro.

Menurut Zila, dia tidak mengetahui jika situasi sebegitu wujud di dalam industri.

“Saya sendiri pun tak tahu yang situasi ini memang berlaku. Apabila dimaklum dan diajukan soalan begitu, baru saya tahu.

“Tapi, sampai ke hari ini saya masih tak tahu siapakah pelakon yang dimaksudka­n,” katanya.

Ditanya mengenai perkara itu, Zila berpendapa­t, dia tidak ada hak untuk memberikan komen.

“Saya pun tak pandai sangat dan saya masih belajar.

“Kalau mereka terbuka untuk menanggalk­an tudung ketika berlakon, itu hak mereka,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia