Harian Metro

KAMPUNG KEMBAR

20 pasangan kembar seiras menetap di sebuah desa di Klaten, Jawa Tengah

- Jakarta

Sebuah kampung di daerah Klaten, Jawa Tengah, Indonesia memiliki keunikan tersendiri apabila turut dihuni puluhan pasangan kembar.

Ketua Kampung Jonggranga­n, Sunarna berkata, kelahiran kembar di perkampung­an itu sudah ada sejak sekian lama namun hanya disedari masyarakat setempat pada tahun 2000.

Katanya, sebanyak 20 pasangan kembar seiras menetap di perkampung­an itu membabitka­n usia antara tiga hingga 50 tahun.

“Saya juga memiliki adik lelaki kembar iaitu Ari Wibowo dan Ari Nugroho.

“Walaupun sudah berkeluarg­a, belum ada pasangan kembar yang melahirkan waris kembar mereka.

“Malah, kami tiada masalah dalam urusan mencatat nama pada dokumen penduduk walaupun muka mereka seiras pasti ada yang boleh dibezakan,” katanya.

Seorang penduduk, Kris Joko Raharjo berkata, dia dan adik kembarnya, Kris Joko Santoso hanya dibezakan pada hujung nama serta rambut kuning keemasan yang diwarnakan­nya.

 ??  ?? RAHARJO (kanan) bersama kembarnya, Santoso.
RAHARJO (kanan) bersama kembarnya, Santoso.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia