Harian Metro

Ajal tertelan pin papan notis

-

Kematian anak tersayang akibat tertelan push pin (pin papan notis) meninggalk­an kesan mendalam kepada wanita Amerika Syarikat ini.

Anak lelaki Ayla Rutherford berusia empat tahun maut selepas tertelan alat berkenaan yang menjejaska­n paru-parunya.

Dalam kejadian yang berlaku di Graham, Washington bulan lalu, Ayla sedang mandi apabila dia terdengar suara riuh ahli keluargany­a menjerit.

Dia melihat suaminya, Josh, 29, melakukan bantuan kecemasan kepada anak mereka, Axel yang tidak sedarkan diri selepas disyaki tercekik sesuatu.

Doktor menjalanka­n pembedahan selama dua jam bagi mengeluark­an peralatan alat tulis terbabit yang menembus paru-paru kirinya.

Bagaimanap­un, selepas seminggu bergantung kepada mesin bantuan pernafasan dan menjalani empat ujian mati otak, kanak-kanak itu meninggal dunia dalam pangkuan ibu bapanya.

Ayla dan suaminya mengingatk­an orang ramai supaya menyimpan atau membuang peralatan itu dari rumah mereka bagi mengelak kejadian tragis berlaku kepada anak masing-masing.

“Saya mahu semua orang tahu, pin itu yang biasa kita gunakan untuk menggantun­g poster, bingkai gambar, lampu krismas dan kalendar amat berbahaya.

“Jika ada alat itu di rumah, buang atau simpanlah elok-elok kerana tidak berbaloi untuk nyawa anak anda.

“Kami tidak mahu orang lain merasa apa yang kami rasa apabila kehilangan anak kami kerana pin itu saja,” katanya dalam portal Daily Mirror. - Agensi

 ??  ?? AYLA bersama Axel. Gambar kecil, Axel ketika dirawat di hospital.
AYLA bersama Axel. Gambar kecil, Axel ketika dirawat di hospital.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia