Harian Metro

Tetap aktif pada usia senja

-

Usianya sudah menjangkau 81 tahun namun warga emas di Jerman ini aktif melakukan aktiviti kecergasan fizikal yang lazimnya hanya mampu dilakukan golongan muda.

Perkongsia­n Erika Rischko mengenai lebih 100 video rutinnya itu menjadikan­nya dirinya bintang kecergasan tertua di TikTok dan meraih perhatian warganet.

Segala-galanya bermula apabila Rischko berkongsi video berdurasi 12 saat dia menari tarian cha-cha bersama suaminya ketika musim bunga lalu.

Sejak itu, dia mula berkongsi rutinnya melakukan aktiviti kecergasan sambil turut menggalakk­an orang ramai kekal sihat dan cergas mengamalka­n gaya hidup sihat.

Kesungguha­n dan semangat Rischko berlatih dan mencuba pelbagai cabaran aktiviti kecergasan yang sesuai dilakukan kudrat orang muda, berjaya mengagumka­n lebih 129,000 pengikutny­a. Selain rutinnya itu, dia turut berkongsi aktiviti menari bersama suaminya.

Difahamkan semua video berkenaan dirakam dan disunting anak perempuann­ya sebelum dimuat naik di TikTok.

-Agensi

Erika Rischko kini ada seramai 129,000 pengikutny­a

 ??  ?? RISCHKO melakukan latihan kecergasan.
RISCHKO bersama suaminya.
RISCHKO melakukan latihan kecergasan. RISCHKO bersama suaminya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia