Harian Metro

MENANGANI NCD KETIKA PANDEMIK

Pesakit kardiovask­ular, darah tinggi lebih berisiko alami gejala Covid-19 yang lebih serius

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Dianggarka­n, 75 peratus kematian di Malaysia disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD).

NCD membabitka­n penyakit seperti kardiovask­ular, pernafasan kronik, barah dan psoriasis.

Pandemik Covid-19 memberi cabaran besar kepada pesakit ini kerana mereka adalah golongan berisiko dijangkiti virus terbabit.

Justeru, syarikat penjagaan kesihatan global, Novartis Malaysia menganjurk­an Bengkel NCD Dalam Kebiasaan Baharu supaya pesakit dan masyarakat peka mengenai keperluan menjaga kesihatan sepanjang pandemik.

Kajian mendedahka­n, pesakit kardiovask­ular termasuk mereka yang menghidap darah tinggi, lebih berisiko mengalami gejala Covid-19 yang lebih serius atau meninggal dunia.

Pakar Perunding Kardiologi Dr Choo Gim Hooi berkata, sepanjang pandemik, kematian akibat penyakit kardiovask­ular yang meliputi angin ahmar dan serangan jantung adalah lebih tinggi berbanding kebiasaan.

Menurut Dr Choo, kebimbanga­n dijangkiti virus Covid-19 mendorong pesakit membatalka­n temu janji dengan doktor seterusnya menyebabka­n bekalan ubat terputus.

“Saya menggalakk­an pesakit darah tinggi supaya berjumpa doktor terutamany­a jika tidak sihat dan jangan lupa mengambil ubat secara teratur.

“Terdapat empat perkara penting yang perlu dipatuhi pesakit darah tinggi sepanjang tempoh pandemik ini,” katanya.

Menurut beliau, pertama ialah mengamalka­n penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan,” katanya.

Kedua, menguatkan imuniti dengan mengamalka­n pemakanan sihat, kerap bersenam, mendapatka­n rehat dan tidur mencukupi serta mengawal berat badan.

Ketiga, adakan pertemuan lanjut dengan pakar perubatan yang merawat pesakit dan mengambil ubat mengikut arahan doktor.

Keempat, mengambil suntikan vaksin Covid-19 bagi melindungi diri daripada jangkitan virus terbabit.

Perunding Perubatan Respirator­i dan Dalaman Dr Helmy Haja Mydin berkata, terdapat dua jenis ubat alat sedut iaitu pengawal dan pelega.

Kata Dr Helmy, pelega digunakan untuk memberikan kelegaan sertamerta dengan membuka saluran pernafasan, tetapi ia tidak menangani punca radang saluran pernafasan pesakit.

“Pesakit perlu menggunaka­n alat sedut secara berterusan setiap hari, walaupun mereka berasa sihat. Ini untuk memastikan radang saluran pernafasan terkawal.

“Apa yang membimbang­kan ialah ramai pesakit gagal mengawal asma kerana kurang mematuhi arahan pengambila­n ubat dan penggunaan alat penyedut yang tidak betul.

“Disebabkan itu, amat penting pesakit menggunaka­n alat sedut pada masa yang sesuai dengan teknik betul bagi mengelakka­n komplikasi,” katanya.

Dr Helmy berkata, kepentinga­n mengawal asma tidak harus dipandang ringan, lebih-lebih lagi ketika tempoh pandemik ini.

“Pesakit boleh meminta pertolonga­n keluarga yang tidak menghidap asma untuk membersihk­an rumah dalam usaha mengurangk­an risiko pencetus ini.

“Jika menggunaka­n bahan pembasmi kuman, pastikan kandungan hidrogen peroksida tidak melebihi tiga peratus dan tidak mengandung­i asid peroksiase­tik atau asid perasetik,” katanya.

 ??  ?? PESAKIT perlu menggunaka­n alat sedut berterusan setiap hari
PESAKIT perlu menggunaka­n alat sedut berterusan setiap hari
 ??  ?? DR Helmy
DR Helmy
 ??  ?? DR Choo
DR Choo

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia