Harian Metro

WOODS PERLU TIGA BULAN

Kembali berjalan semula selepas terbabit kemalangan

-

Tiger Woods memerlukan tempoh tiga bulan untuk berjalan semula selepas terbabit dengan kemalangan kereta.

Sensasi golf berusia 45 tahun itu ketika ini dirawat di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles, pusat trauma tahap satu yang terkenal dengan pemulihan atlet.

Sebelum itu, Woods di tempatkan di Pusat Perubatan Harbor-UCLA yang juga lokasi pertama dia menerima rawatan.

Woods mengalami kecederaan serius di kaki kanannya akibat kemalangan itu termasuk dua kesan retak dan kecederaan di pergelanga­n kaki.

Pemenang 15 kejuaraan utama itu selamat menjalani pembedahan.

Ia termasuk dipakaikan alat sokongan seperti skru dan pin untuk menstabilk­an bahagian kaki dan pergelanga­n kakinya.

Bekas pemain golf Jelajah PGA dan pakar bedah, Bill Mallon berkata, Woods memerlukan masa selama tiga bulan sebelum bintang golf itu boleh menggunaka­n kembali kaki kanannya.

“Melihat tahap kecederaan­nya di bahagian kaki, dia memerlukan sekitar tiga bulan untuk sembuh bagi membolehka­nnya kakinya kuat menampung berat badannya,” katanya.

Woods memandu berseorang­an pada awal pagi Selasa di laluan yang sering berlaku kemalangan di Los Angeles.

Dia hilang kawalan dan keretanya terbalik beberapa kali. - Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia