Harian Metro

Ragbi dalam ‘bahaya’

-

Kuala Lumpur: Latihan tanpa sebarang pertanding­an atau perlawanan persahabat­an meletakkan skuad ragbi kebangsaan berada dalam ‘zon bahaya’.

Apa tidaknya ketika negara jiran, Thailand memulakan kejohanan skuad tujuh sebelah negara hanya dapat meneruskan latihan semata-mata apabila sukan itu masih tidak dibenarkan menganjurk­an atau menyertai mana-mana pertanding­an ketika ini.

Keadaan itu menyukarka­n persiapan skuad negara yang kini dalam persediaan menyertai Kejohanan Ragbi Asia pada Ogos ini.

Jurulatih kebangsaan, Saizul Hafifi Md Nor mengakui moral pemain ketika ini dalam tidak menentu apabila hanya dapat menjalani latihan.

Katanya, untuk menilai prestasi atlet sekurang-kurang pemain perlu menyertai kejohanan kerana situasi pertanding­an dalam latihan adalah berbeza.

“Bila hanya latihan berterusan ia mula mengganggu dari segi moral pemain. Perkara itu menjadikan pemain menjadi tepu dan mengganggu emosi.

“Kita sekarang jauh ketinggala­n berbanding Thailand. Biarpun ranking negara lebih tinggi, kita tidak tahu kedudukan Thailand kerana mereka dah lama anjur kejohanan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia