Harian Metro

KISONA SASAR SUKU AKHIR

-

Kuala Lumpur: Pemain perseorang­an wanita negara S Kisona bertekad melakarkan sesuatu pada penampilan pertama di pentas kejohanan Seluruh England yang berlangsun­g dari 17 hingga 21 Mac ini.

Ia tempat terbaik untuknya memperbaik­i prestasi selepas beraksi di dua kejohanan Terbuka Thailand.

Mengakui banyak perkara perlu diperbaiki, pemenang pingat emas Sukan Sea 2019 Filipina itu bagaimanap­un bersedia dari segi fizikal dan mental.

Namun dia sedar menantinya pada pusingan pertama bukan lawan mudah apabila diundi menentang pilihan kelapan dari Thailand, Busanan Ongbamrung­phan.

“Saya pernah kalah beberapa kali dengan dia dan saya tahu pemain Thailand itu kuat, tapi ia bukan halangan.

“Saya mahu buat yang terbaik dan tempoh yang ada ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk memperting­katkan prestasi dan memperbaik­i segala kelemahan.

“Jika boleh sasaran saya adalah mara hingga ke suku akhir. Pada masa sama saya mahu pergi lebih jauh lagi. Ini kerana kejohanan Seluruh England ini tempat terbaik saya membuktika­n kemampuan mengejar dan menimba pengalaman berharga,” katanya.

Bagaimanap­un Kisona sedar laluan yang ditempuhin­ya bukan mudah, tapi pemain berusia 23 tahun dari Negeri Sembilan itu tidak berputus asa mengejar lebih banyak kejayaan selepas ini.

Selain Kisona turut beraksi di kejohanan itu adalah Soniia Cheah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia