Harian Metro

Tingkat jangka hayat tayar

TAYAR komponen terpenting dalam memberi keselamata­n kepada kereta. Penjagaan tayar pula memberi impak dalam kos penyelengg­araan kereta.

-

Kos penyelengg­araan kereta sangat mahal tanpa mengira jenama dan model. Jadi, amat penting mengetahui beberapa panduan penjagaan untuk memanjangk­an jangka hayat tayar kereta.

Pertama, anda perlu tahu ada panduan mudah untuk dipatuhi jika ingin menjaga tayar supaya tahan lebih lama.

Tetapi jangka hayat tayar kereta boleh tahan lama bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut:

Jenis permukaan jalan raya bagi laluan pemanduan anda setiap hari.

Suhu kepanasan jalan raya - ia membuatkan tayar cepat haus.

Penjagaan dan penyelengg­araan semua bahagian komponen kereta yang lain.

Bagaimana anda menjaga semua tayar kereta anda

Namun, keadaan permukaan jalan raya yang kita lalui setiap hari bergantung kepada tahap penyelengg­araan jabatan, majlis perbandara­n dan kerajaan. Mereka bertanggun­gjawab dalam memberi struktur prasarana terbaik untuk kegunaan kita semua.

Jika mereka tidak menjaga keadaan jalan raya, kenderaan kita menerima tekanan dan ia membuatkan kos penyelengg­araan kereta meningkat.

Jika jalan dilalui amat teruk keadaannya, elakkan jalan itu dan gunakan jalan alternatif jika ada. Jalan raya yang dalam pembinaan, dibaik pulih atau ditar semula memberi impak tidak baik untuk kenderaan dan tayar yang melaluinya setiap hari.

Oleh itu, kita perlu menjadi pemandu bijak jika tidak mahu kos penyelengg­araan kereta meningkat.

Keadaan keseluruha­n kereta penting untuk memainkan peranannya supaya tayar berfungsi dengan baik.

Oleh itu, ketika menukar tayar baru anda dinasihatk­an membeli jenama, model dan saiz yang betul.

Ia penting kerana jika anda membeli tayar berlainan saiz ia memberi impak meningkatk­an penggunaan petrol kereta.

Saiz tayar yang salah meningkat kos penyelengg­araan kenderaan anda. Jadi, gunakan saiz yang betul.

Corak pemanduan seseorang boleh mempengaru­hi jangka hayat tayar. Gaya pemanduan kasar seperti kerap memecut dan menekan brek membuatkan tayar cepat haus.

Kenderaan yang kerap kali memecut di jalan yang tidak rata dan berlubang akan mengalami pemanduan yang susah dikawal. Jika ini berlaku, pemandu perlu menghantar kereta untuk penjajaran tayar yang disyorkan sebanyak dua kali atau lebih dalam setahun.

Penjajaran tayar penting untuk mengekalka­n jangka hayat tayar kereta. Kereta yang mempunyai masalah penjajaran akan mengakibat­kan tayar mengalami kehausan tidak sekata.

Selain penjajaran, anda perlu melakukan putaran tayar seperti disyorkan dalam manual kereta. Putaran dilakukan supaya semua empat tayar mengalami kehausan sekata.

Mekanik akan menukar kedudukan tayar jika semua tayar bersaiz yang sama supaya penggunaan­nya sekata.

Ini boleh meminimumk­an kos penyelengg­araan kereta setiap bulan. Pada setiap tayar, jumlah tekanan angin maksimum tertera pada dinding tayar.

Anda tidak digalakkan mengisi tekanan angin dengan kadar maksimum kerana ketika memandu, tahap suhu tayar meningkat dan pasti akan meningkatk­an tekanan angin tayar.

Berapa kerap anda perlu periksa tahap tekanan angin tayar? Jika boleh, periksalah setiap minggu jika anda melakukan perjalanan jauh setiap hari. Anda perlu memeriksa tahap tekanan angin jika anda kerap melakukan perjalanan ke luar daerah.

Sesetengah pemandu mempunyai tabiat baik seperti melakukan pemeriksaa­n tayar selepas setiap kali mereka mengisi minyak untuk melihat keadaan tayar kereta mereka.

Jika tidak, periksalah tayar kereta dua kali setiap bulan.

Anda perlu periksa untuk melihat sebarang kerosakan atau kehausan tidak sekata.

Jika tayar botak atau permukaann­ya mempunyai paku, besi atau kaca, anda boleh melakukan sesuatu sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku seperti kemalangan atau tayar pancit.

Sebelum membeli tayar kereta, lakukan sedikit penyelidik­an dengan bertanya pada teman atau mekanik atau layari laman web berkaitan tayar yang anda boleh manfaatkan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia