Harian Metro

Tahan lelaki asing buat laporan palsu

-

Kuala Lumpur:

Tindakan seorang lelaki warga Uzbekistan membuat laporan palsu kononnya diperas ugut anggota polis selepas wang dipinjam daripada majikan tercicir mengundang padah apabila dia ditahan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfield­s, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, suspek membuat laporan polis mendakwa anggota Unit Peronda Polis (MPV) melakukan pemerasan terhadapny­a pada 25 Februari lalu.

Menurutnya, dalam laporan berkenaan, kejadian didakwa berlaku di tepi jalan di Solaris Mont Kiara di sini, hingga mengakibat­kan dia kerugian RM8,000.

“Siasatan yang dijalankan mendapati keterangan diberi suspek berusia 37 tahun itu didapati tidak konsisten sebelum lelaki berkenaan ditahan.

“Semakan terhadap akaun milik lelaki itu mendapati tiada transaksi pengeluara­n wang pada 21 Februari lalu seperti yang didakwa sebelum dia akhirnya dia mengaku membuat laporan palsu.

“Suspek dipercayai membuat

‘ Semakan terhadap akaun milik lelaki itu mendapati tiada transaksi pengeluara­n wang pada 21 Februari lalu seperti yang didakwa sebelum dia akhirnya dia mengaku membuat laporan palsu”

Anuar Omar

laporan polis untuk mendapat simpati daripada majikannya bagi mendapatka­n pinjaman wang untuk kali kedua selepas wang dipinjam sebelum itu tercicir,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, pihak polis menasihatk­an orang awam supaya tidak sesekali membuat laporan palsu atau memberikan keterangan palsu kepada pihak polis bagi mengelak berdepan tindakan undang-undang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia