Harian Metro

‘Sajat permain pihak berkuasa agama’

-

Tindakan dia melarikan diri dan selepas itu memuat naik hantaran di media sosial sebenarnya memberi peluang populariti kepada dirinya di sebalik kelemahan pihak lain”

Kuala Lumpur:

“Sajat seolah-olah mempermain­kan penguatkua­saan undang-undang syariah negara ini,” kata bekas mak nyah, Jefferi Mohd Nor, 56.

Justeru, katanya, pihak berkuasa agama perlu tegas dalam melaksanak­an undang-undang diperuntuk­kan tanpa ada diskrimina­si.

Jefferi berkata demikian apabila ditanya mengenai tindakan Muhammad Sajjad Kamaruzzam­an atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat dipercayai bersembuny­i daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang sedang memburunya.

Selepas gagal dikesan, Sajat memuat naik hantaran berbaur sindiran di Instagram miliknya kelmarin dipercayai ditujukan kepada pihak berkuasa itu.

Jefferi berpendapa­t, tindakan ahli perniagaan kontrovers­i itu untuk menguji pihak berkuasa agama, sekali gus menampakka­n kelemahan pihak berkenaan.

Menurutnya, masyarakat akan memandang serong apabila golongan transgende­r kini sudah semakin berani dan tidak menghormat­i pihak berkuasa agama.

“Tindakan dia melarikan diri dan selepas itu memuat naik hantaran di media sosial sebenarnya memberi peluang populariti kepada dirinya di sebalik kelemahan pihak lain.

“Nanti apabila ditangkap, dia cuba meraih simpati masyarakat pula. Dalam hal ini, Jais perlu tegas dan tidak perlu takut untuk melaksanak­an

Jefferi Mohd Nor

tindakan seterusnya,” katanya.

Jefferi yang juga ahli perniagaan kosmetik berkata, Jais perlu memainkan peranan sebaik mungkin supaya tidak dipersenda­kan oleh masyarakat.

Selasa lalu, Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

 ??  ?? NUR Sajat
NUR Sajat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia