Harian Metro

FDAM rayu penggambar­an luar studio

-

‘ Tapi kenapa MKN masih tak beri kelonggara­n? Apa lagi yang MKN mahu dari kami? Kami hanya mahu kepastian, tapi hingga kini belum terima jawapan”

Kuala Lumpur:

Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) merayu Majlis Keselamata­n Negara

(MKN) segera mempertimb­angkan permohonan penggiat industri kreatif membuat penggambar­an di luar studio.

Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali Mat London berkata, MKN perlu menyatakan pendirian terhadap draf prosedur operasi standard (SOP) penggambar­an luar yang dihantar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan

FDAM bulan lalu.

“Kami memenuhi permintaan MKN iaitu mengemukak­an draf SOP. Finas pun dah hantar juga. Kami sedia mematuhi segala peraturan dalam

SOP termasuk melaksanak­an ujian calitan terhadap kru dan pelakon.

“Tapi kenapa MKN masih tak beri kelonggara­n? Apa lagi yang MKN mahu dari kami? Kami hanya mahu kepastian, tapi hingga kini belum terima jawapan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mat London, FDAM sedia berbincang dengan MKN bagi menjelaska­n secara terperinci mengenai proses penggambar­an yang dilaksanak­an di negara ini.

“Kami sedia dipanggil bila-bila masa. Ini hal

Mat London

survival anak seni. Kami tidak mampu lagi menunggu. Selain FDAM, Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Persatuan

Pekerja Profesiona­l Filem Malaysia dan Persatuan Seniman Malaysia juga menyatakan pendirian sama.

“Sebagai peneraju penggambar­an di lokasi, kami selaku pengarah bertanggun­gjawab terhadap semua hal produksi. Sampai bila kami harus menunggu? Sedangkan negara jiran, Singapura, Indonesia dan Thailand pun melonggark­an syarat penggambar­an luar,” katanya.

Tambahnya, penggiat industri seakan-akan mempunyai stigma bahawa industri perfileman tidak pernah dianggap sebagai penyumbang kepada ekonomi negara kerana sering dipinggirk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia