Harian Metro

Janna Nick mohon maaf lagi

-

Kuala Lumpur:

Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick tampil memohon maaf sekali lagi ketika muncul mengacarak­an program Melodi di TV3, tengah hari semalam untuk lebih dekat kepada semua penonton.

“Saya mohon maaf di atas segala kekecohan sepanjang minggu dan saya ambil ini sebagai pengajaran,” katanya.

Mengakui perkara berlaku tidak mudah dilupakan, Janna berkata, semestinya apa yang terjadi itu ada pengajaran.

“Kiranya, ini sejarah hitam buat saya dan untuk jadi saya manusia lebih baik, Insya-Allah,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan mengaitkan dirinya kepada rakan pengacara, Awal Ashari, ujar pelakon drama Melastik Ke Hatimu ini, sebenarnya banyak juga kenyataan itu tidak pernah keluar dari mulutnya.

“Disebabkan banyak kenyataan tak keluar dari mulut saya, tapi dikeluarka­n, maka kita ambil tindakan lebih serius dan bukan niat nak memperbesa­rkan perkara ini pun,” katanya.

Selain itu, Janna juga menafikan perkara itu sebagai strategi pemasaran drama lakonannya.

Ujarnya, drama yang dibintangi tidak memerlukan strategi sebegitu.

Terdahulu, pada Khamis lalu

Janna muncul memohon maaf pada sidang media khas secara virtual kepada pihak yang terasa hati dan terguris dengan kontrovers­i membabitka­nnya yang didakwa mempersend­a anggota kumpulan popular Korea Selatan, BLACKPINK iaitu Lisa Manoban dengan nama Lisa BLACKPIG di Instagram, baru-baru ini.

“Saya ambil tanggungja­wab ini untuk meminta maaf dengan seikhlas hati andainya terguris hati mana-mana pihak dengan kapsyen yang dimuat naik itu,” katanya.

Hadir sama pada sidang media itu, peguam mewakili Janna, Ben Syazmin dari Tetuan Tan Norizan & Associates yang memberi penjelasan terhadap isu tular berkenaan serta tindakan undang-undang yang bakal diambil pelakon itu.

Ben berkata, laporan polis dibuat termasuk aduan kepada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia

(SKMM) berhubung perkara itu yang masih dalam siasatan.

“Anak guam saya (Janna Nick) meneruskan tindakan undang-undang terhadap individu yang menularkan semula video mendakwa dia mempersend­a kematian bintang K-Pop pada 2017 lalu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia