Harian Metro

Ada 2,437 kes baharu, 9 kematian

-

Kuala Lumpur:

Sebanyak 3,251 kes sembuh daripada jangkitan Covid-19 dicatatkan semalam menjadikan 273,417 kes sembuh kumulatif atau 90.9 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 2,437 kes baharu direkodkan atau 300,752 kes kumulatif.

Daripada jumlah kes baharu semalam, dua daripadany­a adalah kes import babitkan seorang warganegar­a dan seorang warga asing.

“Kes penularan tempatan ialah 2,435 kes membabitka­n 1,226 warganegar­a (50.3 peratus) manakala 1,209 bukan warganegar­a (49.7 peratus).

“Bagi kes aktif dengan kebolehjan­gkitan adalah 26,205 kes. Pesakit yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), 202 kes manakala 93 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat sembilan kes kematian menjadikan 1,130 kes kumulatif atau 0.38 peratus. Kematian membabitka­n lapan warganegar­a, satu bukan warganegar­a,” katanya dalam kenyataan media mengenai perkembang­an terkini Covid-19, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, kes kematian yang direkodkan membabitka­n tiga di Selangor, dua di Sarawak dan masing-masing satu kes di Melaka, Kelantan, Perak serta

‘ Daripada jumlah kes baharu semalam, dua adalah kes import babit warganegar­a dan warga asing”

Dr Noor Hisham Abdullah

Johor.

Sementara itu, katanya, Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 914 kes (37.5 peratus).

“Daripada jumlah ini, 823 kes (90.0 peratus) daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti Johor sebanyak 340 kes (14.0 peratus) dan Kuala Lumpur sebanyak 337 kes (13.8 peratus),” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 85 kes (3.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di penjara.

Katanya, ia membabitka­n Kluster Tembok Tapah (77 kes), Kluster Tembok Taiping (tiga kes), Kluster Tembok Sungai Udang (dua kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (dua kes) dan Kluster Penjara Jalan Harapan (satu kes).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia