Harian Metro

Vaksin jenis Sinovac mujarab

-

Vaksin Covid-19 Sinovac keluaran China yang diterima Malaysia kelmarin berkesan dalam mencegah jangkitan Covid-19 sama seperti vaksin jenis Pfizer-BioNTech.

Pegawai Perubatan Columbia Asia Hospital Cheras, Dr Malar Santhi Santherase­gapan

berkata ujian klinikal yang dijalankan di Brazil dan Turki mendapati tahap keberkesan­an vaksin Sinovac masing-masing negara adalah 50.4 peratus dan 91.2 peratus.

Beliau berkata ada kalangan dalam masyarakat yang salah faham apabila menganggap bahawa 50.4 peratus sukarelawa­n di Brazil

yang mengambil vaksin itu sihat manakala lagi 49.6 peratus yang mengambil vaksin mendapat kesan sampingan yang memudaratk­an.

“Tetapi (sebenarnya) tahap keberkesan­an yang dimaksudka­n pada penerima yang 50.4 peratus itu (ialah mereka) sudah berjaya membina imuniti terhadap Covid-19 dan 100 peratus daripada mereka tidak langsung mendapat jangkitan atau memerlukan rawatan rapi dan tiada yang meninggal dunia,” katanya dalam progam khas terbitan Bernama TV yang disiarkan di Facebook bertajuk Malaysia Terima Vaksin Covid-19, kelmarin.

Menurutnya peratusan itu adalah tahap keberkesan­an untuk membina imuniti dan bukannya baki daripada peratusan itu yang mendapat kesan sampingan daripada vaksin.

Malar Santhi seterusnya menegaskan tidak ada langsung data menyokong pendapat yang menyatakan bahawa orang kurang upaya (OKU) berisiko tinggi mendapat kesan sampingan daripada mana-mana vaksin Covid-19.

Sementara itu Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pentadbira­n Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata ketibaan vaksin Covid-19 juga boleh menjana ekonomi negara apabila lebih ramai sudah boleh bekerja dengan selamat. jenis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia