Harian Metro

Program vaksinasi di Thailand bermula

-

Bangkok:

Thailand pada Ahad memulakan program vaksinasi Covid-19 dengan Timbalan Perdana Menteri Anutin Charnvirak­ul menjadi antara individu pertama untuk menerima suntikan vaksin Sinovac Covid-19, CoronaVac dari China.

Anutin, yang juga Menteri Kesihatan Masyarakat dan empat menteri kabinet lain menerima vaksin Sinovac di Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnara­dura di Wilayah Nonthaburi untuk meningkatk­an keyakinan masyarakat terhadap keselamata­n dan keberkesan­annya.

Anutin diberikan suntikan vaksin oleh Dr Yong Yong Poovorawan, seorang profesor perubatan dalam bidang hepatologi pediatrik di Fakulti Perubatan Universiti Chulalongk­orn.

Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha yang turut hadir dan menyaksika­n proses vaksinasi itu bagaimanap­un tidak disuntik vaksin kerana beliau tidak tergolong di dalam kumpulan berusia 18 hingga 59 tahun yang layak menerima vaksin Sinovac.

“Hari ini adalah hari bersejarah apabila vaksinasi Covid-19 bermula. Saya harap

Thailand akan mendapat vaksin yang mencukupi tidak lama lagi yang akan membawa kepada pemulihan ekonomi,” kata Prayuth.

Thailand menyasar untuk vaksinasi 50 peratus pendudukny­a menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, di Samut Sakhon-pusat wabak terbaharu di negara itu sejak pertengaha­n Disember lalu, seramai 159 petugas barisan hadapan terdiri daripada kakitangan perubatan, polis, pegawai imigresen, media dan pegawai pihak berkuasa tempatan adalah antara kumpulan awal yang menerima vaksinasi di Hospital Samut Sakhon, semalam.

Anutin yang turut melawat Samut Sakhon bagi menyaksika­n proses vaksinasi itu memberi jaminan bahawa semua vaksin Covid-19 sudah diluluskan oleh Pentadbira­n Makanan dan Dadah Thailand (FDA).

Pada Rabu, Thailand menerima kumpulan pertama 200,000 dos vaksin Sinovac, dan 117,000 dos vaksin Oxford-AstraZenec­a yang tiba pada hari yang sama.

 ??  ?? ANUTIN menerima suntikan vaksin.
ANUTIN menerima suntikan vaksin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia