Harian Metro

Tiga faktor jadi pendorong

- Oleh Muhamaad Razis Ismail, Nurul Husna Mahmud dan Nor ‘Asyikin Mat Hayin am@hmetro.com.my

‘ Ketika penurunan harga emas baru-baru ini, ia menjadi peluang terbaik kepada pengguna untuk membelinya. Ia memandangk­an, dalam sejarah harga emas, harganya akan sentiasa meningkat”

Penurunan harga emas dipengaruh­i oleh peningkata­n pulangan bon, saham dan pembelian rumah di Amerika Syarikat (AS).

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS) Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, keutamaan kepada pelaburan itu menyebabka­n pembelian emas berkuranga­n dan harganya menyusut.

Beliau berkata, umum mengetahui harga emas dipengaruh­i dengan harga emas dunia dan juga kekuatan mata wang dolar AS.

“Walaupun emas adalah pelaburan jangka masa panjang, tetapi dalam jangka masa pendek, ada kala harganya boleh meningkat dan menurun.

“Ketika penurunan harga emas baru-baru ini, ia menjadi peluang terbaik kepada pengguna untuk membelinya.

“Ia memandangk­an, dalam sejarah harga emas, harganya akan sentiasa meningkat,” katanya.

Menurut Dr Ahmed Razman, dijangkaka­n ekonomi dunia akan pulih tahun ini dan pengguna menggunaka­n lebihan pendapatan untuk membuat pelaburan yang mempunyai pulangan lebih tinggi seperti saham serta menggunaka­n tunai untuk berniaga.

“Maka akan berlaku kekurangan pergantung­an terhadap emas dan seterusnya menyebabka­n harganya jatuh.

“Namun, ada data menunjukka­n penggunaan emas ketika ini lebih tinggi daripada kuantiti (di lombong). Jika keadaan ini berterusan, maka harga emas akan melambung tinggi,” katanya.

Ahmed Razman turut berpandang­an yang harga emas dijangkaka­n tidak stabil iaitu turun dan naik sepanjang tahun ini.

“Sebaliknya, harga emas dijangka akan kembali meningkat dalam tempoh beberapa tahun lagi kerana permintaan melebihi penawaran,” katanya.

Jelasnya, mungkin ada pihak cuba mengambil kesempatan apabila harga emas menurun dengan melakukan penipuan menjual emas tidak tulen.

“Oleh itu, pengguna perlu berwaspada bagi mengelakka­n mereka tertipu. Belilah emas daripada penjual emas berdaftar,” katanya.

Dr Ahmed Razman Abdul Latiff

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 27 Februari lalu.
LAPORAN Harian Metro, 27 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia