Harian Metro

‘Gelang tangan roti ban RM32,200’

-

Kuala Lumpur:

“Saya kumpul barang kemas bukan untuk menunjuk-menunjuk, tetapi sebagai ‘hadiah’ kepada diri sendiri selepas bertungkus-lumus bekerja,” kata peniaga produk kecantikan dalam talian, Noorzila Mat Noor, 35.

Noorzila yang tinggal di Gua Musang, Kelantan mula mengumpul barangan kemas secara sedikit demi sedikit sejak 2010.

Katanya, mengumpul barang kemas sudah sinonim dengan masyarakat di Kelantan.

Menurutnya, selain hadiah kepada diri sendiri, ia juga adalah pelaburan untuk jangka masa panjang.

“Kebaikan mengumpul barangan kemas emas ini besar, nilainya akan naik berbanding wang tunai.

“Saya pernah beli barang kemas pada harga RM7,000 pada 2012 dan baru-baru ini, penilaian dibuat di kedai emas mendapati ia meningkat sekali ganda.

“Sekiranya berlaku kecemasan, sekurang-kurangnya saya ada emas untuk dijual bagi mendapatka­n wang segera,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Noorzila, setiap tahun, dia akan menyediaka­n peruntukan khas bagi membeli sekurang-kurang empat barangan kemas yang diinginkan mengikut trend semasa.

“Kebiasaann­ya, barang kemas ini dibeli di sekitar Kota Bharu kerana lebih banyak pilihan dan harganya juga berpatutan.

“Barang kemas dibeli mengikut reka bentuk semasa termasuk lipan, coco dan roti ban,” katanya.

Noorzila memiliki kira-kira 20 barang kemas termasuk gelang, rantai dan subang yang dikumpul sejak 10 tahun lalu.

“Julai tahun lalu, ketika harga emas murah, saya ambil kesempatan untuk membeli gelang tangan roti ban seberat 122.66 gram berharga RM32,200.

“Sekiranya saya keluar daerah bagi tempoh lama, semua barangan kemas ini saya simpan di bank sebagai langkah keselamata­n,” katanya.

 ??  ?? NOORZILA
NOORZILA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia