Harian Metro

Harga emas di Muar tidak lagi murah

-

Muar:

Jika dahulu, Muar terkenal dengan harga emas yang murah berbanding harga emas di pasaran namun kini, kebanyakan kedai emas di sini, terpaksa mengikut harga semasa, malah adakalanya lebih tinggi daripada harga emas semasa.

Tinjauan Harian Metro di bandar Muar mendapati kedai emas menawarkan harga mengikut harga emas semasa iaitu RM231 segram bagi emas 916.

Bagaimanap­un, ada kedai menawarkan harga emas 916 yang lebih tinggi bermula harga RM245 segram.

Jurujual kedai emas yang mahu dikenali sebagai Nur berkata, jika dua tahun lalu, sebahagian besar barangan kemas dijual pada harga lebih murah iaitu antara lapan hingga 10 peratus berbanding harga pasaran semasa.

“Lebih menarik, potongan harga itu bukanlah harga terakhir kerana jika pembeli bijak untuk tawar-menawar, pengusaha kedai emas mampu memberikan potongan harga lebih tinggi.

“Ketika itu, ada kedai emas di Muar boleh menjual sehingga RM168 segram bagi emas 916 berbanding harga pasaran ketika itu di antara RM178 hingga RM183 segram,” katanya.

Menurut Nur, walaupun harga emas di Muar tidak murah seperti dahulu, permintaan terhadap emas tetap tinggi.

“Penurunan harga emas menyebabka­n penggemar barangan kemas memilih untuk memilikiny­a dengan ‘menyerbu’ kedai emas yang menawarkan harga lebih murah,” katanya.

Sementara itu, pembeli yang mahu dikenali sebagai Alifah berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang memiliki barangan emas ketika harga emas dilihat agak berpatutan ketika ini.

“Saya memang penggemar barangan kemas dan tidak menganggap membeli emas ketika ini adalah pembaziran, dijangka harga pasaran emas pada masa akan datang lebih tinggi berbanding ketika ini.

“Ini adalah peluang terbaik untuk membeli barangan kemas,” katanya.

Ada kedai menawarkan harga emas 916 yang lebih tinggi

 ??  ?? PENURUNAN harga emas membuatkan orang ramai ‘menyerbu’ kedai emas untuk membuat pelaburan.
PENURUNAN harga emas membuatkan orang ramai ‘menyerbu’ kedai emas untuk membuat pelaburan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia