Harian Metro

Banduan ikuti prosiding rayuan dari Penjara Kajang

-

Kuala Lumpur:

Mahkamah Rayuan Putrajaya akan mengendali­kan prosiding pendengara­n rayuan jenayah melalui teknologi komunikasi jarak jauh yang pertama hari ini dengan perayu yang juga banduan akan mengikuti prosiding berkenaan dari Penjara Kajang.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n (PKPMP) dalam satu kenyataan semalam memaklumka­n kes rayuan jenayah melalui sidang video berkenaan adalah berkaitan sabitan serta hukuman di bawah

Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

“Dalam prosiding rayuan, hakim akan berada di Istana Kehakiman sementara peguam dan timbalan pendakwa raya akan berada di pejabat masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Menurut PKPMP, badan kehakiman sentiasa bergerak seiring dengan perkembang­an teknologi dalam memastikan kesinambun­gan pentadbira­n keadilan ketika pandemik Covid-19 termasuk untuk semua banduan yang sedang menjalani hukuman di penjara.

“Keutamaan adalah diberikan kepada banduan yang tempoh hukumannya hampir tamat, pesalah kanak-kanak dan pesalah muda, kes berkepenti­ngan awam dan apa-apa pertimbang­an lain yang difikirkan suai manfaat oleh mahkamah,” menurut PKPMP.

Jelas PKPMP, prosiding pendengara­n rayuan jenayah itu hanya terpakai bagi banduan yang diwakili oleh peguam atau tidak diwakili peguam dan sedang menjalani hukuman di penjara.

Katanya, Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat sudah mengeluark­an Arahan Ketua Hakim Negara Bil 6 Tahun 2021 yang memperuntu­kkan mengenai pengendali­an prosiding rayuan jenayah melalui teknologi komunikasi jarak jauh semasa tempoh pandemik yang berkuat kuasa pada 1 Mac 2021.

Arahan itu boleh diakses menerusi portal e-Arahan Amalan melalui pautan https://tinyurl.com/ArahanAmal­anKHN.

Badan kehakiman berharap inisiatif yang diambil ini akan dapat meningkatk­an kualiti akses kepada keadilan dengan memanfaatk­an penggunaan teknologi secara optimum terutama dalam pengendali­an kes rayuan jenayah semasa tempoh pandemik ini. - Bernama

Dalam prosiding rayuan, hakim akan berada di Istana Kehakiman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia