Harian Metro

Kejutan terpilu buat ayah

Dua beradik maut dalam perjalanan pulang hendak serah hadiah kereta

-

Hasrat dua beradik di sini untuk menghadiah­kan kereta buat bapa mereka tidak kesampaian apabila si abang, Hafidzan Zainal, 44, maut selepas terlibat kemalangan ketika memandu kenderaan berkenaan untuk dibawa pulang.

Lebih menyayat hati, si adik, Mohd Fauzi Zainal, 39, yang memandu sebuah lagi kereta, turut menghembus­kan nafas terakhir selepas diserang sawan apabila melihat nasib menimpa abangnya di Kilometer 17, Jalan Kuala Pilah Simpang Pertang di sini jam 4.30 petang, Jumaat lalu.

Shah Rizal Zainal, 41, berkata, tragedi itu berlaku ketika abang dan adiknya dalam perjalanan dari Felda Pasoh, Jelebu untuk ke Taman Kobena, Senawang di sini selepas selesai urusan pembelian dan ingin menyerahka­n Proton Iswara Aeroback kepada bapa mereka, Zainal Sulong, 63.

“Mereka pergi dengan sebuah kereta, ketika pulang abang, yang juga seorang posmen, pandu Iswara manakala adik pandu Perodua Myvi. Bagaimanap­un, ketika pulang, kereta abang dipercayai terbabas. Adik terkejut dan pengsan melihat abang berlumuran darah di depan matanya.

“Kedua-duanya sudah lama berhasrat menghadiah­i ayah kereta bagi memudahkan urusannya, tetapi sudah takdir, kereta tidak dapat diguna malah mereka pula pergi dalam keadaan menyedihka­n,” katanya.

Ketua Polis Daerah Jempol Superinten­den Hoo Chang Hook pula berkata, berdasarka­n maklumat awal, apabila Mohd Fauzi melihat Hafidzan terlibat kemalangan itu, mangsa pengsan dan mulutnya berbuih.

“Kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah, bagaimanap­un, Mohd Fauzi disahkan meninggal ketika dalam perjalanan. Pemeriksaa­n mendapati tiada kecederaan atau luka luaran yang disyaki berunsur jenayah.

“Semakan rekod perubatan mendapati Mohd Fauzi mempunyai sejarah penyakit sawan. Bedah siasat dijalankan jam 10 pagi tadi bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Beliau berkata, Hafidzan terbabit dalam kemalangan selepas dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar besi penghadang.

“Mangsa, yang parah di kepala, disahkan meninggal dunia jam 8 malam selepas lebih tiga jam terbabit kemalangan. Proses bedah siasat dijalankan jam 9 pagi dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Kedua-dua beradik dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Senawang jam 7 malam.

 ??  ?? ZAINAL ditenangka­n anaknya, Norshahida ketika upacara pengebumia­n Hafidzan dan Mohd Fauzi di Tanah Perkuburan Islam Senawang, semalam.
ZAINAL ditenangka­n anaknya, Norshahida ketika upacara pengebumia­n Hafidzan dan Mohd Fauzi di Tanah Perkuburan Islam Senawang, semalam.
 ??  ?? KERETA yang dipandu Hafidzan untuk dihadiahka­n kepada ayahnya remuk selepas terbabit kemalangan.
KERETA yang dipandu Hafidzan untuk dihadiahka­n kepada ayahnya remuk selepas terbabit kemalangan.
 ??  ?? HAFIDZAN
HAFIDZAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia