Harian Metro

Tingkatkan SSL beras kepada 75%

-

Jasin:

Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) menyasarka­n Tahap Sara Diri (SSL) bagi bekalan beras dalam negara mencapai sebanyak 75 peratus dalam tempoh lima tahun.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, setakat ini kebergantu­ngan beras sebagai keperluan dalam negara hanya mencapai SSL sebanyak 70 peratus manakala selebihnya adalah bekalan beras import yang membabitka­n beras premium termasuk basmathi serta beras perang.

Sehubungan itu, beliau berkata, beberapa langkah termasuk meningkatk­an teknologi pengeluara­n untuk melonjakka­n lagi hasil pengeluara­n padi di negara ini.

“Kita akan meningkatk­an SSL beras kepada 75 peratus dalam tempoh lima tahun lagi kerana pada ketika ini kita berhadapan dengan beberapa kekangan termasuk isu tanah dan pengairan yang akan segera kita bincang dan diperincik­an,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jasin ditemui selepas menyampaik­an Insentif Teknologi Pelan Jana Semula EkonomiNeg­ara (Penjana), Jabatan Pertanian negeri di Dewan Terbuka Kompleks Jawatankua­sa Penyelaras dan Pembanguna­n Dewan Undangan Negeri (Japerun) Bemban di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ghazale Muhamad, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembanguna­n Industri dan Pengembang­an) Eliyas Saad dan Pengarah Pertanian negeri Mohd Rasydan Mohd Yusop.

Sementara itu, Ahmad berkata, seramai 600 penerima terdiri dalam kalangan petani di daerah Jasin menerima pakej bantuan input pertanian seperti baja, benih dan peralatan yang bernilai RM500 setiap seorang manakala maksimum RM50,000 pula bagi setiap komuniti.

Katanya, bagi fasa kedua tahun ini, Jabatan Pertanian memperuntu­kkan sebanyak RM21.18 juta yang akan memberi manfaat kepada 27,524 individu dan 1,064 komuniti di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia